Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Pemakanan yang Betul Bagi Ibu Hamil Penghidap Kencing Manis Siri 2

Assalamualaikum.. Hari ini saya nak sambung kembali pemakanan yang sesuai untuk ibu hamil yang menghidap kencing manis.

Baiklah semalam saya berhenti sehingga kuantiti buah yang boleh di ambil. Hari ni kita sambung bab lain pula. Baiklah, kuantiti gula yang boleh di ambil sehari hanya 5g. Jika pergi hotel, kan biasa gula paket di gunakan, ha, hanya 1 packet sahaja yang boleh di gunakan untuk pesakit kencing manis. Tak boleh lebih. Susu pekat manis? Sangatlah di larang sama sekali kerana gulanya terlalu tinggi. Susu sejat, sehari hanya 2/3 cawan sahaja sehari.

Buah dalam tin, tolonglah tinggalkan, sebab manisnya tinggi. Air kotak Susu ke apa ke memang jika boleh elakkan. Memang mereka kata tanpa gula, atau kurang gula, tapi kandungan gulanya berlebihan daripada keperluan ibu GDM.

Baiklah seterusnya Susu maternity yang biasa kita dengar di iklan. Biasanya ibu di cadangan 4 scoop bagi 1 cawan, ibu GDM perlu kurangkan 2 scoop sahaja bagi setiap cawan. Jadi, pakar menasihatkan ibu GDM mengambil sumber kalsium lain bagi menggantikan susu. Keperluan Susu ibu hamil adalah sekitar 1000mg ke 1200mg sehari.

Teringat saya dulu waktu mengandung anak pertama, saya minum Susu materna jenama dalam iklan sebelum buat BSP. Selepas 2 jam, BSP sy masih tinggi 8. Alhamdulillah tahun ini saya ambil ESP. bila saya minum ESP, 2 jam selepas itu ambil BSP, bacaan cuma 5.5 sahaja.. Manakala kalsium saya gantikan dengan Ostematrix selain makan sumber kalsium yang lain seperti ikan bilis, keju dan lain2.

Alhamdulillah setelah hampir 5 bulan berBSP, result BSP saya semua cantik kecuali Kali pertama kerana terambil lebih makanan ketika itu. Yang lain alhamdulillah baik. HBIC iaitu bacaan gula dalam darah setiap 3 bulan saya hanya 4.7% sahaja. Semuanya dalam kawalan. Alhamdulillah.

Sebenarnya tidak susah pun untuk mengawal gula dalam darah jika kita tahu caranya. Hanya perlu tahu pengambilan gula kita seharian, inshaAllah semuanya boleh di kawal. Makanlah apa yang anda suka, tapi semuanya perlu berpada..

Sebarang pertanyaan boleh komen atau wassup saya terus. Saya boleh bantu mengikut ilmu yang saya ada. InshaAllah.

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Tuesday, August 18, 2015

Cara Pemakanan yang Betul Bagi Ibu Hamil Penghidap Kencing Manis Siri 1

Assalamualaikum, petang2 hari ni saya nak sharekan pengalaman saya sebagai ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis (GDM). Saya memang menghadapi masalah kencing manis sejak kehamilan pertama lagi. Jadi di kehamilan ke dua ni pun saya juga menghadapi masalah yang sama.

Memang setiap 2 minggu saya perlu ke klinik untuk buat ujian BSP bagi memastikan masalah kencing manis saya terkawal. Memang ujian bagi ibu hamil GDM ni kerana banyak makanan perlu di kawal kuantitinya.

Jadi saya mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri ke kelas nutrisi dengan pakar zat makanan. Daripada kelas tersebut, banyak ilmu yang saya dapati. Sebenarnya ibu hamil GDM ni bukannya tak boleh makan pelbagài makanan. Boleh, tapi kuantiti pengambilan tu haruslah betul. Jika berlebihan itulah yang menyebabkan masalah itu datang.

Baiklah, saya beri penerangan sedikit tentang cara makan ibu hamil GDM. Semua jenis karbohidrat ibu GDM boleh ambil tapi sekali ambil, kuantitinya hanyalah segenggam. Contohnya nasi, tiada masalah untuk tidak mengambil nasi beras perang atau nasi beras mahal.. Ibu hanya perlu melimitkan hanya segenggam sekali makan. Nasi ibu GDM boleh ambil hingga 3kali sehari.

Untuk pemakanan yang seimbang, nasi hanya segenggam, lebihkan sayur berserat tinggi dan juga protein serta lemak perlu juga di ambil. Pendek kata semua yang ada dalam piramid makanan perlu ambil, cuma waktu dan kuantiti kena betul.

Contohnya jika kira makan tengah hari dalam 1 pinggan, kita bahagikan pinggan kepada 4 bahagian, 1/4 pinggan atau segenggam adalah nasi. Lagi 1/4 pinggan penuhkan dengan makanan berbentuk protein seperti ikan, Tempe, ayam, sotong, udang Dan daging. Ha, untuk setengah pinggan adalah hidangan sayur-sayuran hijau.. Dan juga buah. Air kosong.

Buah perlu ambil sebelum menikmati makanan berat. Buah yang diambil juga perlu ada kuantitinya. Contohnya buat besar biji mata seperti anggur, mata kucing, langsat dan lain2, ibu GDM hanya boleh ambil 4 biji sahaja sekali ambil.
Buah seperti epal, lai, pear dan seumpamanya, ibu GDM perlukan separuh sahaja sekali ambil. Jika tembikai Dan seangkatannya, ibu GDM perlukan hanya setengah daripada potongan yang biasa jual di kalangan untuk sekali pengambilan.

Baiklah, sebenarnya banyak lagi yang ingin di kongsikan. Nantikan siri ke 2 untuk entry ini..

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Friday, December 05, 2014

Jom Lihat Cara Membuat Kubis Tiruan Di sini..




Dunia Hidayah - 10 Fakta Menarik Tentang Rambut Anda

Hari ini saya ingin berkongsi 10 Fakta tentang rambut. Rambut adalah mahkota bukan sahaja bagi wanita, malah lelaki masa kini juga mementingkan penjagaan rambut. Nak tahu lebih tentang rambut anda? Lets check it out...


1.    Bulu dan rambut pada asasnya merupakan benda yang sama, iaitu kedua-duanya terbentuk oleh pengumpulan protin yang dikenali sebagai keratin.


2.    Rambut membuatkan kita hangat terutama ketika musim sejuk / dingin


3.   Rambut juga tahu tempat yang sudah kita kunjungi. Pada tahun 2010, ahli kimia dari University of Utah mendapati, air minuman di 33 bandar yang mereka kaji mengandungi tanda kimia yang unik yang muncul pada rambut orang-orang yang meminumnya.



4.   Rambut manusia boleh "merasa". Paru-paru dan saluran pernafasan mempunyai rambut halus yang dipanggil cilia. Cilia ini bertindak menyapu keluar kotoran. Pelajar dari University of Iowa mendapati bahawa cilia pada paru-paru bertindak balas hanya pada rasa pahit seperti nikotin.


5.   Rerambut/bulu pada kaki labah-labah dan cengkerik berfungsi sebagai telinga. Rerambut tersebut boleh mengesan pergerakan angin dan boleh "mendengar"  bunyi berfrekuensi rendah, seperti bunyi lebah dan bunyi berfrekuensi sederhana seperti bunyi hon kenderaan.


6.   Ahli patologi telah mengesan bahawa cilia di bahagian hidung tetap berdenyut sehingga 21 jam lamanya selepas seseorang itu meninggal dunia.


7.    Seorang manusia normal mempunyai lebih 100 000 rambut di kepala, dan tambahan 4.9 juta lagi di kawasan lain di bahagian badan


8.    Menurut ahli antropologi di Penn State, apabila kita kehilangan folikel bulu, pancaran ultraviolet matahari boleh merosakkan kulit baru yang terdedah, yang bertindak balas dengan menghasilkan melanin, iaitu sejenis pigmen yang menyerap radiasi solar matahari


9.    Terdapat persoalan menyatakan adakah orang yang memiliki rambut perang (blonde) mempunyai perwatakan yang lebih menarik? Persoalan ini terjawab apabila pada tahun 2006, bekas ahli psikologi Harvard, Jerome Kagan melaporkan bahawa dalam 101 kanak-kanak kecil yang dijadikan ‘sampel’ ujian bagi memerhati perilaku mereka, kanak-kanak berambut perang lebih suka menyendiri dan pendiam.


10.    Rambut berminyak sememangnya merupakan satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Percaya atau tidak, rambut berminyak menyerap ozon udara tercemar 7x lebih banyak berbanding rambut yang bersih, kata para jurutera sekitaran Missouri University of Science and Technology.


kredit: http://blackrosehunter.blogspot.com




Wednesday, December 03, 2014

Dunia Hidayah - Jerawat? Isyarat Buat Anda..




Jerawat!! Arghh!! Adoilah jerawat ni tumbuh pada masa-masa aku nak keluar date la. Alah, malam ni dinner jeawat laa pulak.. Saya pasti jerawat ini sangatlah mengganggu dan merimaskan kita, sebab saya sendiri pun tak suka jerawat ni.. hehe.. 
Tapi sejak saya pergi satu program wanita dan jerawat di universiti saya rasa lebih gembira bila jerawat keluar. Ini menunjukkan kulit saya tidak mati dan masih lagi muda serta masih lagi berinteraksi dengan masalah dalam tubuh badan kita.
Tapi tahukah anda, jerawat merupakan isyarat mengenai keadaan kesihatan tubuh badan kita. Jom kita tengok makna jerawat yang tumbuh pada wajah anda..  


DAHI 
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress... Kumpulan ini biasanya panas baran. 


Jadi, cara yang terbaik adalah: Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak. Jangan terlalu stress dan beremosi... kesihatan mental perlu dijaga dengan cara bertemu dengan rakan baik anda atau melakukan ibadah seperti solat sunat dan baca Al-Quran.


HIDUNG 
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.

Anda boleh mencuba Banyakkan minum air kosong dan dapatkan posisi duduk yang betul.


DAGU 
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Cuba kurangkan minuman bergula. Banyakan minum air kosong... 


PIPI KIRI 
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

Makan makanan yang menyihatkan dan yang baik untuk hati. Elakkan makan seperti kerang bakar. Dikhuatiri jika kerang tersebut kurang masak akan mengundang risiko dijangkiti Hepatitis B (Penyakit hati).


PIPI KANAN 
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

Jangan Merokok atau menghidu asap rokok. Dapatkan udara segar di waktu pagi. Buat senaman pernafasan pada setiap pagi.


PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) 
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Amalkan permakanan yang sihat. Makan Sayur dan buah dengan banyak. Lebihkan Makanan yang menyihatkan Jantung seperti Ikan yang mengandungi Omega 3.

Menarik bukan.. So lepas ni, kalau ada jerawat tumbuh, maknanya anda ada masalah dalaman yang patut anda alert..

Set Kulit Jerawat Shaklee..
HIDAYAH
SID: 1134982
0123678708
nurshaida_87@yahoo.com.my

Dunia Hidayah - Diet Mengikut Darah Anda

Berat badan makin naik? Dah puas berdiet tetapi tidak berkesan. Berhabis ribuan ringgit mengikuti program perlansingan dan sebagainya, namun berat anda masih lagi tidak turun-turun, malah lebih meningkat lagi.

Pernah dengar tak diet berdasarkan kumpulan darah? Pelik Tapi Benar..


Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.

Diet Untuk Golongan Darah ‘A’

Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah ‘O’

Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Menarik bukan.. So, terpulanglah jika anda ingin mengikuti diet cara ini atau tidak. Yang pasti, walaubagaimanapun kita berdiet, pastikan anda mengambil diet yang seimbang dan mesti makan. Berlapar bukan cara yang betul untuk kurus.. Selain itu, senaman juga harus di buat.

Kredit : iluvislam.com

Jika anda ingin menambah supplement dalam diet anda, Shaklee menawarkan set slimming untuk anda yang berminat.

  


HIDAYAH
SID: 1134982
0123678708
nurshaida_87@yahoo.com.my


Monday, December 01, 2014

Sunburn? Cara Terbaik Cegah Dan Hilangkannya..

Siapa di sini yang pernah mengalami sunburn? Sunburn adalah di sebabkan oleh cahaya matahari..

Sinaran matahari sebenarnya bagus untuk kulit. Ianya mampu memberi Vitamin D iaitu ketika sinar matahari pagi sebelum jam 9.00 pagi. Tapi, apa pula yang akan terjadi pada kulit kalau kita terlalu terdedah dengan cahaya matahari?

Antara kesan yang akan terjadi ialah:-
1) kanser kulit
2) kemerah-merahan dan  gatal kulut (sunburn)
3) masalah kulit

Cadangan Supplement Shaklee untuk Mencegah dan Menghilangkan Sunburn

Berikut adalah cadangan supplement yang anda boleh ambil untuk mencegah sunburn. Bagi yang sudah sunburn pun, bole amalkan supplement ni untuk menghilangkan sunburn anda.

Vitamin C
Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat, membantu dalam penghasilan kolagen dan memberikan kulit yang lebih cerah dan gebu

Vitamin E
Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan menjadi ejen perlindungan UV

B Complex
Melindungi kulit dari pancaran matahari, anti stress dan melancarkan perjalanan darah.

ESP
Sumber protein untuk penghasilan sel badan yang lebih sihat, termasuk sel kulit yang sihat dan cantik, otot, kuku dan rambut yang sihat.

Collagen Powder
Memberikan kelembapan dan keanjalan  kepada kulit, mengurangkan pigmentasi, jeragat dan warna kulit yang tak sekata


Thursday, November 27, 2014

Jom Baca Kelebihan Meminum Air Kosong Setiap Hari.

Hari ini saya akan kongsikan beberapa kelebihan meminum air suam setiap hari..

Kelebihan Minum Air Putih ketika perut kosong, Tabiat minum air kosong
ketika perut kosong adalah salah satu amalan yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari
tidur setiap pagi. Ia juga baik untuk penyakit antaranya:-
1- penyakit sakit kepala
2- sakit badan
3- sistem jantung
4- artritis
5- degupan jantung yang pantas
6- epilepsi
7- kegemukan berlebihan,
8- asma bronkitis
9- TB
10- meningitis
11- buah pinggang dan air kencing
12- muntah-muntah
13- gastrik
14- cirit-birit,
15- buasir
16- kencing manis
17- sembelit,
18- semua penyakit mata
19- rahim dan gangguan haid
20- kanser
21- hidung telinga
22- penyakit tekak
Bangun sahaja daripada tidur pastikan minum segelas air. Baik sebelum membersihkan mulut. Khusus untuk kesihatan. Japanese Medical Society
misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk
dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, atritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningtis, buah pinggang dan jangkitan pd air kencing.

Cr: Puan Mariani Md Isa


Tuesday, November 25, 2014

5 Manfaat Tidur Untuk Kecantikan Yang Patut Anda Tahu..

Tahukah anda tidur yang cukup boleh mencantikkan wajah kita? Jom kita semak apa manfaat tidur yang dapat memberi kecantikan kepada wajah? Lets read..

5 Manfaat Tidur untuk Kecantikan anda
Selain untuk kesihatan, tidur juga mempunyai manfaat untuk kecantikan. Inilah Manfaat Tidur untuk Kecantikan.
 
1.Kulit Lembut
Setiap Wanita ingin mendapatkan kulit yang lembut, bukan? Bagaimana Anda mendapatkannya jika sering tidak cukup tidur? Biasakan tidur diawal waktu dari jam 10 malam. Dengan begitu, sel-sel kulit Anda dapat bergenerasi dan kulit dapat bernafas.


2.Cegah Jerawat
Cegah jerawat dengan tidur tepat waktu. Tidur dapat mencegah peradangan dan resistensi yang menjadi penyebab utama timbulnya jerawat.

3.Mata Cantik
Dengan tidur yang cukup dapat mengatasi mata yang tidak bermaya. Tidak hanya itu, tidur yang cukup dapat menghilangkan lingkaran hitam dibawah mata Anda.
 
4.Rambut Sihat
Tidur yang cukup dapat menyihatkan rambut. Salah satu penyebab kerosakan rambut adalah kurang tidur. Jadi untuk rambut sihat dan bersinar pastikan tidur anda cukup ye.


5. Kulit Cantik
Tidur yang cukup juga akan menjadikan kulit anda cantik dan sihat dari dalam.
Credit Pn: Mariani

Tuesday, November 18, 2014

Vitamin Untuk Cantik. Apa Fungsinya Pada Badan Anda..Anda Perlu Tahu Ini..



Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua, 



Diharap semuanya sihat-sihat belaka dan sentiasa di bawah kerahmatan Illahi.. Pagi ini, saya ingin berkongsi tentang Vitamin untuk kecantikan anda. Seharian kita semua mencari alternative nak cantikkan. Ramai yang menggunakan skincare untuk membantu mereka untuk cantik, namun masih tidak berhasil mendapatkan kulit yang diimpikan. Mungkin anda perlu cuba untuk "merawat" masalah kulit anda dari dalam terlebih dahulu. Tahukah anda?

Shaklee turut menawarkan rangkaian vitamin untuk kecantikan kulit. Set ini terdiri daripada Family Wellness Set (Vita-Lea + Vita-C + B-Complex + ESP) + Vita-E + GLA Complex + CarotoMax. Ini merupakan full package yang paling optimum, namun anda boleh mix and match mengikut keperluan dan budget anda. Mari kita lihat bagaimana vitamin-vitamin di atas boleh membantu kecantikan kulit anda.

Vita-C merupakan vitamin wajib untuk kecantikan kulit kerana ia membantu merangsang pembentukan kolagen yang bertanggungjawab mengekalkan kelembapan dan kegebuan kulit. Ia juga merupakan antioksidan yang kuat untuk melindungi kulit dari kesan pencemaran, UV dan diet yang tidak sihat. Selain itu Vita-C membantu memudarkan kesan parut, mengurangkan kesan sunburn, mencerahkan kulit dan menghalang pigmentasi kulit.


B-Complex juga vitamin wajib untuk kecantikan kulit. Setiap jenis vitamin B dalam B-Complex mempunyai peranan tersendiri dalam kecantikan kulit. Perlu diingat, B-Complex merupakan vitamin anti-stress yang mana stress merupakan salah satu faktor masalah kulit seperti berjerawat. B-Complex terkenal dengan fungsinya yang mampu mencegah jerawat dan menggalakkan kesihatan kulit secara keseluruhan.


Vita-Lea pula mengandungi rangkaian vitamin yang lengkap daripadaa semua vitamin. Tahukah anda kunci utama untuk kulit sihat adalah diet yang seimbang yang memenuhi semua keperluan vitamin untuk badan. Namun kaedah pemprosesan makanan, pencemaran, diet yang tidak seimbang, dan sebagainya menghalang kita untuk mendapat keperluan tersebut. Antara vitamin yang penting untuk kulit adalah vitamin A, D, K dan zinc. Semua vitamin ini dapat anda perolehi daripada Vita-Lea.


Vita-E Complex pula terkenal sebagai anti-aging vitamin. Ia mampu mengurangkan kesan kedutan pada wajah, meningkatkan kelembapan dan kegebuan wajah dan mampu mencegah penyakit kulit kerana ia merupakan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kulit.


GLA Complex pula membantu memperbetulkan sistem hormon wanita. Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan masalah pada kulit. Ia juga mampu mencegah masalah eczema.


CarotoMax adalah supplement antioksida istimewa keluaran Shaklee. Ia dapat menggalakan kesihatan kulit dan meredakan penyakit kulit termasuk ulser kulit, kudis dan jerawat. Ia juga membantu menjaga kecantikan mata yang merupakan antara tarikan penting selain kulit wajah. Mata yang sihat bersinar, sihat, tiada eyebag dan kesan hitam di bawah mata akan melengkapkan kecantikan wajah anda.


And as usual, ESP - protein drink yang hebat untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak. Tisu kulit yang rosak boleh menyebabkan kesan parut yang gelap dan pigmentasi. ESP membantu menggantikan tisu yang rosak kepada tisu yang baru.
  
Ingin dapatkan semua rangkaian set kecantikan shaklee? Saya boleh membantu anda, Saya SID kawasan Manjung, Lumut dan Sitiawan Perak. Saya juga boleh poskan ke rumah dan juga tempat anda. 
Nurhidayah Musa
0123678708
SID NO: 1134982


Wednesday, October 01, 2014

INFO SIHAT : 5 Tips Untuk Ibu Yang Dah Pernah Melahirkan Anak.. Anda Wajib Baca..


5 Tips untuk ibu yang dah pernah melahirkan anak..
Baru-baru ni p mengurut badan.. Al maklumlah lepas2 ade ada anak ni salah makan sikit ade jelah rasa xbest kat badan.. haha.. Alhamdulillah ambil supplement pas makan boleh buang apa yg bisa tu..
Tu satu cerita..
Nak share sikit tips yang makcik urut tu bagi buat ibu2 yang dah lepas bersalin ni untuk kekal sihat..


Rule #1/5
Kene urut badan Sekurang2nya 6 bulan sekali.. bertujuan betulkan urat2 bersimpul dan buangkan angin dari badan..
Nantikan sambungannya..

Rule #2/5
Amalkan sebulan sekali meminum air Halia.
Resipi Ambil 2inch halia, ketuk bersama sebiji lada hitam.. rebus dlm secawan air sampai mendidih.. nak minum tambah sikit gula merah.. saya minum tambah sesudu madu..

selingan: Tak rajin nk buat air halia Shaklee ade supplement berasaskan halia.. Peppermint Ginger Plus namanye..

RM45.00
 
Rule #3/5
minum air Sekurang2nya 2liter sehari.
Tapi harus diingat, bukan sekali minum sampai 2liter tau.. minum tu kene kawal juga, setiap sesi memadai 1 gelas sahaja.. Bukan apa, jika air berlebihan pada satu2 masa boleh menyebabkan badan berair.. Tu yg sebabkan kerap lenguh2, hidung tersumbat, mengah dan lain2..

Rule #4/5
Jaga pemakanan. Elakkan makanan yang berangin. Biasanya makanan yang mempunyai empuluh di tengah2 serta menjalar adalah tubuhan berangin contohnya, timun, labu air, petola, terung dan lain-lain. Jika teringin tak salah ambil, tapi dalam kadar merasa, bukan menikmati.. hehe..

Rule #5/5
Kena makan supplement. Makcik tu kata supplement perlu untuk dalaman kita orang perempuan. Luar dalam harus di jaga. Wanita itu orang penting dalam rumah tangga.. Anak dan suami memerlukan wanita dalam hidup mereka.. Jadi jagalah kesihatan sendiri kerana wanita perlu sihat untuk menjaga kesihatan suami dan anak2..

Shaklee mempunyai pelbagai rangkaian vitamin dan supplement yang bersesuaian mengikut keperluan tubuh badan anda, seisi keluarga.


Monday, September 29, 2014

INFO SIHAT - 7 Fakta Tentang Air Minum Anda. Anda Harus Berhenti Membacanya...

Jom tengok keratan akhbar di bawah.



Sanggupkah anda minum air seperti ini?

Tahukah Anda

1# Satu kumpulan kerja alam sekitar (EWG) kajian mendapati sejumlah 316 bahan cemar, termasuk 97 bahan cemar industri pertanian dan 204 industri, terdapat di dalam air paip sebanyak 45 buah negeri. Lebih separuh daripada bahan-bahan yang di kesan tidak mempunyai piawaian keselamatan air minum.

2# Menurut Agensi perlindungan alam sekitr AS, kemudahan-kemudahan air awam telah melanggar air minuman yang selamat bertindak lebih daripada 700,000 kali dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.

3#Industri air botol tidak perlu untuk mendedahkan keputusan ujian apa-apa bahan cemar yang di jalankan olehnya.

4# Air botol mungkin tidak lepas daripada pencemaran. EWG mendapati sebanyak 38 bahan cemar di dalam air 10 rands popular.

5# Pada tahun 2007, 8.8billion gelen air telah di gunakan bagi mendapatkan air bersih

6# Dalam tahun 2007, 1.64 juta tan bahan pembungkusan botol air telah di hasilkan. hanya 34% daripada bahan-bahan yang di kitar semula

7# Bahan Kimia yang boleh memudaratkan kesihatan anda sebenarnya boleh hadir dalam air minuman keluarga. Logam berat, pencemaran industri, racun perosak, bahan cemar berbahaya ini boleh memasuki bekalan air kita dan mempunyai potensi untuk mewujudkan cabaran kesihatan dalam jangka masa panjang.
 
Fakta yang menjijikkan bukan?

Oleh itu SHAKLEE memperkenalkan GetClean Water.

  • Merupakan revolusioner baru, penapisan sistem water-filtration pitcher di sahkan oleh persatuan kualiti air (WQA) untuk mengurangkan sehingga 90% lead, serta berpuluh-puluh bahan pencemar lain yang boleh hadir dalam air anda.
  • Multipatented Get Clean Water menggunakan blok pepejal karbon untuk menapis dan membersihkan air anda. 
  • Menapis sehingga 80 gelen air, dua kali ganda sebagai BRITA dan membeli 2, dan setiap penapis di buat daripada tempurung kelapa yang mampan karbon yang menggunakan proses zeroemission. 
  • Get Clean Water adalah water filteration pitcher pertama dengan sistem penapis karbon blok yang boleh diisi semula, jadi kurang sisa akan ke tapak pelupusan. 

Apa yang anda Dapat daripada GET CLEAN WATER SHAKLEE Ini?

  • SELAMAT - menyingkirkan kandungan plumbum dan banyak lagi bendasing lain. Ia berupaya mengurngkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air ( Water Quality Assosiation [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing.
  • HANDAL - lebih banyak air bersih pada setiap masa Get Clean Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
  • MESRA ALAM - memelihara alam sekitar. Get Clean Water ini menggunakan sistem penurasan jag air dengan blok karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan, setiap penurasdi perbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
  • PILIHAN BIJAK - Menjimatkan kos rakyat Malaysia yang banyak berhabis membeli air mineral bagi mendapat air bersih. Dengan Beberapa Sen Seliter sahaja, Get Clean Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukarkan penuras air ainda.

Get Clean Water - RM 460

Jika anda berminat mendapatkan Get Clean Water ini, sayalah mengedar sah Shaklee di kawasan SERI MANJUNG, LUMUT dan SITIAWAN. Saya juga boleh poskan GET CLEAN WATER ini jika anda mahukan.

Hubungi saya Hidayah - 0123678708.

Thursday, September 25, 2014

INFO SIHAT..ECZEMA, Ketahui Cara Merawatnya.




Ngerikan tengok gambar-gambar di atas. Mereka semua menghidap Eczema. Anak anda, atau anda sendiri, atau orang terdekat dengan anda menghidap ECZEMA?

Jom tengok Fakta tentang ECZEMA
1# Bersifat kering, berwarna kemerahan, kegatalan, kulit menjadi kasar, dan berkuping seakan menggelupas.

2# Tempat biasa terjadi  di sekitar siku, lutut, belakang telinga, muka da pergelangan tangan.

3# Biasanya mereka yang menghidap ECZEMA tergolong dalam kalangan mereka yang mempunyai allergies. Mereka biasanya akan mempunyai allergic apabila mengambil makanan seperti telur, gandum, susu dan kekacang.


4# ECZEMA berpunya daripada kekurangan ZINC dan GLA (Gamma-linolenic asid) iaitu sejenis fatty asid. Pesakit ECZEMA biasanya mempunyai masalah dalam memprocess fatty asid yang berada di dalam badan mereka.

ECZEMA boleh di rawat dengan menggunakan.

1* Evening Primerose oil(EPO) yang membantu menambah semula GLA level dalam pesakit ECZEMA, ini kerana pesakit ECZEMA mempunyai level GLA yang kurang dalam badan mereka. Ambil dua 500mg kapsul EPO/GLA anda, tiga kali sehari. Selain itu anda boleh sapu EPO pada ECZEMA anda.
GLA juga boleh anda dapati daripada GLA Complex Shaklee
GLA COMPLEX SHAKLEE - mengandungi, GLA, Vitamin E, serta minyak bunga matahari.

2* Licorice adalah anti keradangan dan anti allergic.

3* Chamomile juga di temui sebagai satu cara terbaik mengawal keradangan dan kegatalan pada pesakit ECZEMA.





4* Zinc menambah kekurangan Zinc yang biasanya di hidapi oleh pesakit ECZEMA. ZINC juga membantu memperbaiki tisu kulit pada ECZEMA. Ambil 45-60mg setiap hari ZINC ini. Setelah ECZEMA berkurang, turunkan dos kepada 30mg sehari. ZINC juga boleh di dapati di dalam ZINC Complex Shaklee.

ZINC COMPLEX SHAKLEE
5* GREEN TEA bersifat antiHISTAMINE dan antiALLERGENIC. Ambil 200 - 300 mg 3 kali sehari.
Green Tea




5* Quercetin adalah bioflavonoid mempunyai agen antiHISTAMINE dan AntiAllergenic. Ambil 400mg Quercetin 20 minit sebelum makan.
sumber makanan yang mempunyai kandungan Quercetin

6* OATMEAL. Mandian OAT boleh membantu mengurangkam kegatalan pada kulit.
Oatmeal
Semua diatas mampu membantu anda mengurangkan masalah EZEMA yang di hadapi.

Untuk si COMEL anda yang mengidap ECZEMA, segala rumusan, GLA/Fatty Asid serta ZINC boleh di dapati di dalam MEALSHAKE Shaklee.

Mealshake Shaklee - mengandungi,  ZINC, GLA/Fatty asid serta vitamin lain yang bersesuaian untuk anda dan anak anda.

Jom bantu diri anda dan Anak anda menangani ECZEMA.

Selamat MENCUBA.

Tuesday, September 23, 2014

Anda Gastrik? Anda Perlu Tahu Apa Yang Patut Anda Ambil.






Selamat bertemu kembali semua..

Ada yang menghidap GASTRIK?

TIPS mencari suppliment atau pun Vitamin untuk pesakit Gastrik.

Carilah Vitamin yang mempunya KALSIUM dan MAGNESIUM di dalamnya. Insha ALLAH membantu.
Kalsium dan Magnesium amatlah baik jika di gabungkan sekali dengan Vitamin D.

Ketiga-tiga, KALSIUM, MAGNESIUM dan Vitamin D ini ada di dalam OSTEMATRIX SHAKLEE.

#ShakleeEffects

Menarik. 5 Tips Untuk Menjadi Pelik Dalam Berniaga. Anda Pasti Sukakannya!






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Terfikir-fikir mahukan duit yang banyak melalui pernigaan?

Disini ada beberapa TIPS bagi mereka yang mahu memulakan perniagaan:-

1# Takutkan kepada PENCIPTA kita ALLAH. Jika kita tak takut kepada ALLAH, nescaya banyak perkara-perkara yang di larang dalam berniaga dan asas kehidupan anda tidak akan ikut.

2# Berani Berubah 360 darjah.

3# Harus ada nilai kemanusiaan. Sebelum mendapat sesuatu, haruslah memberi dahulu.

4# Menjadi diri Sendiri. Setiap manusia itu special, jadilah diri sendiri dalam mencorakkan gaya perniagaan anda.

5# Berani Gagal. Ingatlah langit takkan selalunya cerah, sesekali pasti akan hujan mengunjung tiba.

Sampai di sini dahulu. Nakkan lebih lagi TIPS? nantikan di post-post akan datang.

Hidayah yang menulis

BERIKAN KASIH SAYANG NESCAYA ANDA AKAN MENDAPATKAN KASIH SAYANG

Saturday, September 06, 2014

Si Limau Manis

Assalamualaikum semua.. lambat pulak kedai bukak.. hehe.. Femly ada di rumah.. Bawak rezeki... Alhamdulillah syukur..

Pagi ni ingat nak share sikit 1 tips..
Cara memilih buah limau kulit oren.. hehe.. Mesti ade yang tergelak dengan status ni.. hehe.. yelah, takkan nak pilih buah limau pun kene ade tips.. Haruslah ade tipsnya..
Mesti anda pernah pi beli limau kat kedai2 tepi2 jalan or super marketkan.. Kadang2 masam, banyak2 skit masam2 manis.. manis tu jarang2.. hihihi..
Sebab ape macam tu?sebab limau kulit oren ni ade jenis die tau.. ade limau utk makan dan ade juga utk buat air.. ha.. hehe.. so, ape anda perlu buat.. Kenelah tanya pada penjual tu.. cakap sy nak beli limau makan.. InshaAllah die tau dan rasanya manis.. if nak yang masam cakaplah nak limau untuk air..
Lagi 1 nak tau kata limau tu manis or masam tgk ketebalan kulit die.. if tebal selalunya masam. Limau makan biasanya kulit die nipis bagi memudahkan kita nak makanlah kan.. hehe..
Selain tu tekstur kulit dia pun agak berbeza.. limau makan biasanya kurang berkedut berbanding limau air, dan, lebih besar berbanding limau air.. hehe..

Itulah die sedikit tips pagi ni.. Saya dpt ilmu ni pun dari mak saya..

Ps: limau ni sumber vitamin C tau. Hehe.. Kalau rasa2 tak rajin nak makan limau, boleh la consume vitamin C dari shaklee.. boleh beli dengan saya.. hehe.. Nak murah jom jadi ahli.. takmau jual takpe janji dpt harga murah..

Feel free to share.. inshaAllah ramailah lagi muka senyum je time makan limau.. hehe.. senyumkan sedekah..

Nurhidayah Musa

0123678708
sid :1134982
COD: Seri Manjung, Lumut dan Sitiawan

#sayajualshaklee
#shakleeEffect

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...