Friday, December 05, 2014

Dunia Hidayah - 10 Fakta Menarik Tentang Rambut Anda

Hari ini saya ingin berkongsi 10 Fakta tentang rambut. Rambut adalah mahkota bukan sahaja bagi wanita, malah lelaki masa kini juga mementingkan penjagaan rambut. Nak tahu lebih tentang rambut anda? Lets check it out...


1.    Bulu dan rambut pada asasnya merupakan benda yang sama, iaitu kedua-duanya terbentuk oleh pengumpulan protin yang dikenali sebagai keratin.


2.    Rambut membuatkan kita hangat terutama ketika musim sejuk / dingin


3.   Rambut juga tahu tempat yang sudah kita kunjungi. Pada tahun 2010, ahli kimia dari University of Utah mendapati, air minuman di 33 bandar yang mereka kaji mengandungi tanda kimia yang unik yang muncul pada rambut orang-orang yang meminumnya.



4.   Rambut manusia boleh "merasa". Paru-paru dan saluran pernafasan mempunyai rambut halus yang dipanggil cilia. Cilia ini bertindak menyapu keluar kotoran. Pelajar dari University of Iowa mendapati bahawa cilia pada paru-paru bertindak balas hanya pada rasa pahit seperti nikotin.


5.   Rerambut/bulu pada kaki labah-labah dan cengkerik berfungsi sebagai telinga. Rerambut tersebut boleh mengesan pergerakan angin dan boleh "mendengar"  bunyi berfrekuensi rendah, seperti bunyi lebah dan bunyi berfrekuensi sederhana seperti bunyi hon kenderaan.


6.   Ahli patologi telah mengesan bahawa cilia di bahagian hidung tetap berdenyut sehingga 21 jam lamanya selepas seseorang itu meninggal dunia.


7.    Seorang manusia normal mempunyai lebih 100 000 rambut di kepala, dan tambahan 4.9 juta lagi di kawasan lain di bahagian badan


8.    Menurut ahli antropologi di Penn State, apabila kita kehilangan folikel bulu, pancaran ultraviolet matahari boleh merosakkan kulit baru yang terdedah, yang bertindak balas dengan menghasilkan melanin, iaitu sejenis pigmen yang menyerap radiasi solar matahari


9.    Terdapat persoalan menyatakan adakah orang yang memiliki rambut perang (blonde) mempunyai perwatakan yang lebih menarik? Persoalan ini terjawab apabila pada tahun 2006, bekas ahli psikologi Harvard, Jerome Kagan melaporkan bahawa dalam 101 kanak-kanak kecil yang dijadikan ‘sampel’ ujian bagi memerhati perilaku mereka, kanak-kanak berambut perang lebih suka menyendiri dan pendiam.


10.    Rambut berminyak sememangnya merupakan satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Percaya atau tidak, rambut berminyak menyerap ozon udara tercemar 7x lebih banyak berbanding rambut yang bersih, kata para jurutera sekitaran Missouri University of Science and Technology.


kredit: http://blackrosehunter.blogspot.com




0 comments:

Post a Comment

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...