Monday, August 24, 2015

Jom Kenali Collagen Asli Shaklee.

Assalamualaikum Dan Selamat Petang semua, hari ini saya nak sharekan sedikit tentang Shaklee Collagen Powder. Sumber 100% Collagen asli daripada sisik ikan laut dalam. Apa yang menariknya SCP ni?

1) FUNGSI

Collagen Shaklee adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah), sangat rendah dalam berat molekular - sekitar 1,000 Dalton dan tujuh ramuan utama termasuk:

a) Sisik Ikan Merah - sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

b) Biji Camellia japonica - terdiri daripada asid oleik, satu omelien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

c) Pfaffia - dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan Camellia japonica akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic (berperanan menghidrat tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

d) Elastin - memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

e) Vitamin B - metabolisma karbohidrat, protin dan lemak untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

f) Vitamin C - menggalakan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.

g) Kekerang - Glucosamine ekstrak kekerangan penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

h) Lactobacillus acidophilus - membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Lebih menarik lagi, kajian secara klinikal telah membuktikan dengan pengambilan kolagen ini selama 8 minggu secara berterusan boleh membantu membiarkan Kulit WAJAH 71% lebih cantik, halus, berseri-seri.

2) SIMPTOM KEKURANGAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangn kolagen dalam badan.

Oleh itu, kolagen di ambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoporosis, osteoarthritis (sakit sendi), selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

3) SIAPA YANG MEMERLUKAN

Mereka yang ingin:

*Meningkatkan kelembapan kulit – 90%
*Mengurangkan kekasaran & kekeringan – 75%
*Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan – 71%
*Meningkatkan pemakaian kekal mekap – 60%
*Meningkatkan kelembutan & kelicinan – 71%
*Meningkatkan ketebalan rambut – 54%
*Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti – 55%
*Meningkatkan keserian, tona & warna kulit – 50%
*Mengurangkan garis2 halus & kedutan.
*Kuku akan menjadi lebih sihat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
*Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
*Membantu menghilangkan tanda penuaan.
*menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang.
*Membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.
*Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik walaupun semakin meningkat usia.

Ha, menaikkan SCP ni.. Jom dapatkan sekarang. Jangan tak tahu SCP ni pun best jika di buat masker WAJAH tau.. Saya dah Cuba, Kulit lebih lembab Dan gebu selepas memakai masker SCP ni..

Nak tahu kesannya? Cubalah sendiri.. Pasti berpuas hati..

Saya Shaklee Independent Distributor sah anda.

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Thursday, August 20, 2015

Testimoni Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum semua..

Jom, harini saya juga nak share TESTIMONI set Berpantang Shaklee. Set ini sangat membantu ibu mengembalikan tenaga ibu. Bukan ibu sahaja sihat, tetapi Alhamdulillah Anak pun jarang sakit.

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Testimoni Set Kulit Shaklee

Assalamualaikum semua.. Petang ni saya nak share sikit testimoni set kulit Shaklee..

Pelanggan saya ni ambil Sustainable Released Vita-C dan Vitamin E complex.

Alhamdulillah customer saya berpuas hati dengan dua vitamin hot ni.. Jom ikuti testimoninya..

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email : nurshaida_87@yahoo.com.my


Wednesday, August 19, 2015

Pemakanan yang Betul Bagi Ibu Hamil Penghidap Kencing Manis Siri 2

Assalamualaikum.. Hari ini saya nak sambung kembali pemakanan yang sesuai untuk ibu hamil yang menghidap kencing manis.

Baiklah semalam saya berhenti sehingga kuantiti buah yang boleh di ambil. Hari ni kita sambung bab lain pula. Baiklah, kuantiti gula yang boleh di ambil sehari hanya 5g. Jika pergi hotel, kan biasa gula paket di gunakan, ha, hanya 1 packet sahaja yang boleh di gunakan untuk pesakit kencing manis. Tak boleh lebih. Susu pekat manis? Sangatlah di larang sama sekali kerana gulanya terlalu tinggi. Susu sejat, sehari hanya 2/3 cawan sahaja sehari.

Buah dalam tin, tolonglah tinggalkan, sebab manisnya tinggi. Air kotak Susu ke apa ke memang jika boleh elakkan. Memang mereka kata tanpa gula, atau kurang gula, tapi kandungan gulanya berlebihan daripada keperluan ibu GDM.

Baiklah seterusnya Susu maternity yang biasa kita dengar di iklan. Biasanya ibu di cadangan 4 scoop bagi 1 cawan, ibu GDM perlu kurangkan 2 scoop sahaja bagi setiap cawan. Jadi, pakar menasihatkan ibu GDM mengambil sumber kalsium lain bagi menggantikan susu. Keperluan Susu ibu hamil adalah sekitar 1000mg ke 1200mg sehari.

Teringat saya dulu waktu mengandung anak pertama, saya minum Susu materna jenama dalam iklan sebelum buat BSP. Selepas 2 jam, BSP sy masih tinggi 8. Alhamdulillah tahun ini saya ambil ESP. bila saya minum ESP, 2 jam selepas itu ambil BSP, bacaan cuma 5.5 sahaja.. Manakala kalsium saya gantikan dengan Ostematrix selain makan sumber kalsium yang lain seperti ikan bilis, keju dan lain2.

Alhamdulillah setelah hampir 5 bulan berBSP, result BSP saya semua cantik kecuali Kali pertama kerana terambil lebih makanan ketika itu. Yang lain alhamdulillah baik. HBIC iaitu bacaan gula dalam darah setiap 3 bulan saya hanya 4.7% sahaja. Semuanya dalam kawalan. Alhamdulillah.

Sebenarnya tidak susah pun untuk mengawal gula dalam darah jika kita tahu caranya. Hanya perlu tahu pengambilan gula kita seharian, inshaAllah semuanya boleh di kawal. Makanlah apa yang anda suka, tapi semuanya perlu berpada..

Sebarang pertanyaan boleh komen atau wassup saya terus. Saya boleh bantu mengikut ilmu yang saya ada. InshaAllah.

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Tuesday, August 18, 2015

Cara Pemakanan yang Betul Bagi Ibu Hamil Penghidap Kencing Manis Siri 1

Assalamualaikum, petang2 hari ni saya nak sharekan pengalaman saya sebagai ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis (GDM). Saya memang menghadapi masalah kencing manis sejak kehamilan pertama lagi. Jadi di kehamilan ke dua ni pun saya juga menghadapi masalah yang sama.

Memang setiap 2 minggu saya perlu ke klinik untuk buat ujian BSP bagi memastikan masalah kencing manis saya terkawal. Memang ujian bagi ibu hamil GDM ni kerana banyak makanan perlu di kawal kuantitinya.

Jadi saya mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri ke kelas nutrisi dengan pakar zat makanan. Daripada kelas tersebut, banyak ilmu yang saya dapati. Sebenarnya ibu hamil GDM ni bukannya tak boleh makan pelbagài makanan. Boleh, tapi kuantiti pengambilan tu haruslah betul. Jika berlebihan itulah yang menyebabkan masalah itu datang.

Baiklah, saya beri penerangan sedikit tentang cara makan ibu hamil GDM. Semua jenis karbohidrat ibu GDM boleh ambil tapi sekali ambil, kuantitinya hanyalah segenggam. Contohnya nasi, tiada masalah untuk tidak mengambil nasi beras perang atau nasi beras mahal.. Ibu hanya perlu melimitkan hanya segenggam sekali makan. Nasi ibu GDM boleh ambil hingga 3kali sehari.

Untuk pemakanan yang seimbang, nasi hanya segenggam, lebihkan sayur berserat tinggi dan juga protein serta lemak perlu juga di ambil. Pendek kata semua yang ada dalam piramid makanan perlu ambil, cuma waktu dan kuantiti kena betul.

Contohnya jika kira makan tengah hari dalam 1 pinggan, kita bahagikan pinggan kepada 4 bahagian, 1/4 pinggan atau segenggam adalah nasi. Lagi 1/4 pinggan penuhkan dengan makanan berbentuk protein seperti ikan, Tempe, ayam, sotong, udang Dan daging. Ha, untuk setengah pinggan adalah hidangan sayur-sayuran hijau.. Dan juga buah. Air kosong.

Buah perlu ambil sebelum menikmati makanan berat. Buah yang diambil juga perlu ada kuantitinya. Contohnya buat besar biji mata seperti anggur, mata kucing, langsat dan lain2, ibu GDM hanya boleh ambil 4 biji sahaja sekali ambil.
Buah seperti epal, lai, pear dan seumpamanya, ibu GDM perlukan separuh sahaja sekali ambil. Jika tembikai Dan seangkatannya, ibu GDM perlukan hanya setengah daripada potongan yang biasa jual di kalangan untuk sekali pengambilan.

Baiklah, sebenarnya banyak lagi yang ingin di kongsikan. Nantikan siri ke 2 untuk entry ini..

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Monday, August 17, 2015

Pengalaman Saya Hamil dengan Set Kehamilan Shaklee

Harini saya nak share TESTIMONI diri saya sendiri menggunakan set kehamilan Shaklee..

Alhamdulillah setelah 8 bulan hamil, banyak sangat kebaikan set kehamilan Shaklee yang saya nikmati. Seriously mengandung dengan set kehamilan Shaklee buat saya rasa lebih bertenaga daripada kehamilan sebelumnya.

Pertama sekali, baru ini HB saya turun akibat saya skip makan vitamin Vitalea sepanjang bulan Ramadan. HB drop sehingga 10.4.. Nurse bising Dan bagi saya masa 2 minggu untuk naikkan balik HB saya. Saya tekad untuk tidak skip lagi Vitalea saya. Saya berterusan ambil Vitalea Shaklee setiap hari tanpa culas, kesannya Alhamdulillah HB saya daripada 10.4 naik ke 11.1 hanya dalam masa 2 minggu..

Selain dari itu, sejak mengamalkan set kehamilan Shaklee sehingga sy hamil 31minggu kini belum lagi saya hadapi masalah kaki krem atau orang panggil tarik mengkarung/ular air walaupun bergerak aktif sepanjang hari. Ingat lagi sewaktu kehamilan yang lepas, hampir setiap malam saya hadapi masalah krem kaki sehingga perlu memakai stokin di waktu tidur bagi elakkan krem tersebut. Alhamdulillah Ostematrix Shaklee dalam set kehamilan membantu mengurangkan risiko masalah tersebut.

Ha, jangan tak tahu, set kehamilan Shaklee juga membantu mengelakkan masalah sembelit pada ibu hamil tau. Selain itu Vitamin C Dan ESP Shaklee membantu mencantikkan kulit ibu hamil tau. Regangan pada perut juga kurang berbanding sebelumnya..

Paling saya teruja ialah, saya memang mengalami masalah kencing manis ketika hamil. Jadi setiap 2minggu saya perlu buat BSP. Jadi di waktu sarapan saya ambil ESP sebagai sarapan, Alhamdulillah bacaan BSP saya normal. Masih saya ingat saya pernah bersarapan dengan Susu ibu hamil di pasaran, bila darah di ambil, bacaan BSP sy tinggi sehingga 8moll berbeza dengan 5.5moll sarapan dengan ESP.. Alhamdulillah ESP memang rendah dengan GLISEMIX index sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis.

Banyak lagi kebaikan set kehamilan Shaklee ini.. Jika nak ceritakan satu persatu sampai esok pun tak habis.. Hehe.. Alhamdulillah..

Berminat nak menikmati masa kehamilan dengan set kehamilan Shaklee? Boleh hubungi sy. Konsultasi percuma akan di berikan. Jadual Dan cara makan vitamin dengan betul pun akan saya sertakan untuk anda semua..

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email : nurshaida_87@yahoo.com.my


Khas Untuk Mereka yang Ingin Cantik.

Ada tak yang telah penat mencuba pelbagai jenis skincare products untuk mendapatkan kulit wajah idaman?

Mungkin anda semua perlu cuba untuk "merawat" masalah kulit dari dalam terlebih dahulu sebelum kesannya terlihat keluar. Yelah, mana taknya, jika dalaman tak di bersihkan terlebih dahulu bagaimana luaran nak nampak cantik dan berserikan.

Tahu tak, Shaklee menawarkan rangkaian vitamin untuk kecantikan kulit. Set ini terdiri daripada Family Wellness Set (Vita-Lea + Vita-C + B-Complex + ESP) + Vita-E + GLA Complex + CarotoMax. Ini merupakan full package yang paling optimum sekali, namun anda boleh tanyakan kepada tanyakan kepada saya atau Shaklee distributor anda gabungan yang sesuai mengikut keperluan dan budget anda. Jom lihat bagaimana vitamin-vitamin di atas boleh membantu kecantikan kulit anda semua.

1) Sustainable Released Vita-C - merupakan vitamin wajib untuk kecantikan kulit kerana ia membantu merangsang pembentukan kolagen yang bertanggungjawab mengekalkan kelembapan dan kegebuan kulit. Ia juga merupakan antioksidan yang kuat untuk melindungi kulit dari kesan pencemaran, UV dan diet yang tidak sihat. Selain itu Vita-C membantu memudarkan kesan parut, mengurangkan kesan sunburn, mencerahkan kulit dan menghalang pigmentasi kulit.

2) B-Complex - vitamin wajib untuk kecantikan kulit. Setiap jenis vitamin B dalam B-Complex mempunyai peranan tersendiri dalam kecantikan kulit. Perlu diingat, B-Complex merupakan vitamin anti-stress yang mana stress merupakan salah satu faktor masalah kulit seperti berjerawat. B-Complex terkenal dengan fungsinya yang mampu mencegah acne dan menggalakkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

3) Vita-Lea - mengandungi rangkaian vitamin yang lengkap. Tahukah anda kunci utama untuk kulit sihat adalah diet yang seimbang yang memenuhi semua keperluan vitamin untuk badan. Namun kaedah pemprosesan makanan, pencemaran, diet yang tidak seimbang, etc. menghalang kita untuk mendapat keperluan tersebut. Antara vitamin yang penting untuk kulit adalah vitamin A, D, K dan zinc. Semua ini dapat anda perolehi daripada Vita-Lea.

4) Vita-E Complex - terkenal sebagai anti-aging vitamin. Ia mampu mengurangkan kesan kedutan pada wajah, meningkatkan kelembapan dan kegebuan wajah dan mampu mencegah penyakit kulit kerana ia merupakan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kulit.

5) GLA Complex - membantu memperbetulkan sistem hormon wanita. Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan masalah pada kulit. Ia juga mampu mencegah masalah eczema.

6) CarotoMax - adalah supplement antioksida istimewa keluaran Shaklee. Ia dapat menggalakan kesihatan kulit dan meredakan penyakit kulit termasuk ulser kulit, kudis dan jerawat. Ia juga menjaga kecantikan mata yang merupakan antara tarikan penting selain kulit wajah. Mata yang sihat bersinar, tiada mata sembab (eyebag) dan kesan hitam di bawah mata akan melengkapkan kecantikan wajah anda.

7) ESP - ini adalah produk hot Shaklee.  protein drink yang hebat untuk membaikpulih sel-sel kulit. Tisu kulit yang rosak boleh menyebabkan kesan parut dan pigmentasi. ESP membantu menggantikan tisu yang rosak itu dengan yang baru.

Rangkaian vitamin penjagaan kulit ini sangat sesuai bagi mereka yang betul2 menjaga kecantikan kulit Dan kesihatan badan dari dalam. Apa yang indah di dalam pasti terserlah keluar.. Tak nak gitu?

Berminat? Boleh hubungi sy untuk konsultasi percuma je..

Saya Shaklee independent Distributor yang sah. COD area Manjung, Lumut Dan Sitiawan.. Post ke seluruh Malaysia.

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Saturday, August 15, 2015

Set Nutriwhite Shaklee Set Penjagaan Kulit Pilihan Terbaik Anda.

Assalamualaikum semua.. Harini saya nak sharekan tentang set Nutriwhite Shaklee.. Set Nutriwhite Shaklee ada 7 jenis produk penjagaan.

Antara Kelebihan dan kesan penggunaan  Nutriwhite Shaklee yang diperolehi pengguna dengan Penggunaan Set ini ialah

1.       Membantu mengawal keradangan kulit
2.       Pengurangan tompokan pada kulit
3.       Memberi kelegaan pada kulit
4.       Kulit semakin cerah dan menyelesaikan masalah pigmentasi
5.       Melmbapkan kulit dan memelihara kulit dari rosak
6.       Menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
7.       Membuang toksin

Bahan bahan dalam pencuci muka yang gojes ni

1) Rumpai laut berfungsi membuang kekotoran, sel-sel mati dan menegangkan kulit.
2) Alga Hijau membuang toksin dan mengekalkankan kelembapan kulit.
3) Strawberi Begonia menyeragamkan warna kulit. Takdelah muka kita ada zon warna berbeza. 
4) Melembut dan menyegarkan kulit.

Jom dapatkan set ini segera. Boleh PM untuk konsultasi percuma Dan harga menarik.

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
Did: 1134982
Fb: Nurhidayah Musa
Email : nurshaida_87@yahoo.com.my


Friday, August 14, 2015

Kulit Makin Cantik Dan Halus

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak share sikit pengalaman hari raya hari tu. Raya ke 3 balik ke rumah Mak. Almaklumlah tahun ni giliran beraya ke rumah mertua kan. Hehe. So raya ke 3 balik rumah Mak.

Rupanya pakcik Adik Mak pun datang sekali hari tersebut. Pagi tu join Mak Dan pakcik berborak. Lepas tu pakcik tegur kulit muka saya makin bersih Dan cantik. Dia siap pegang lagi pipi saya.. Dia cakap macam kulit baby. Alhamdulillah.

Sejam ambil set kecantikan Shaklee, Dan rajin buat masker ESP+Collagen memang kulit rasa lain sangat. Kawan2 pun menegur perkataan yang sama.

So far, Alhamdulillah Shaklee tak pernah menghampakan..


-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my

Hadiah dari Sahabat.

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi semua.

Nak share sikit, semalam hati sangat teruja apabila seorang sahabat saya menghadiahkan pencuci Nutriwhite Shaklee kepada saya. Pencuci ini memang dah jadi wish list saya untuk di beli kemudian hari.

Alhamdulillah tak sangka rezeki, Allah hantar insan mulia untuk hadiahkan pencuci ini kepada saya. Pencuci Nutriwhite Shaklee ni memang best tau. Picitkan sikit sahaja pada tapak tangan buih dia macam kita apply banyak je. Paling best lepas pakai tu kulit jadi segar Dan bersih je..

Jangan tak tahu, Nutriwhite Shaklee ni, tahan lama tau.. Bukan sebulan, bukan 6 bulan tapi hampir setahun..

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
Fb: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Thursday, August 13, 2015

Resipi Roti Cheese Brazil

Assalamualaikum semua pembaca.. Jom hari ni nak sharekan 1 resipi yang saya jumpa di FB.. Resipi Roti Cheese Brazil. Roti ni best tau sebab kat luar die rangup dalam die chewy gitu.. Husband pun suka.. Hehe.. Alhamdulillah.

Resipinya

2 cawan tepung ubi kayu
1 cawan keju cheddar
3 sudu besar minyak / margerin cair
3/4 Susu kecil garam
Sebiji telur dalam suhu bilik
1/2 cawan Susu segar( saya guna Susu sejat je) ikut adunan.

Simple je buat die.. Gaulkan sebati tepung dengan cheese dulu.. Lepas tu dalam mangkuk lain satukan minyak, telur Dan garam, pukul sebati.. Kemudian satukan adunan tepung Dan minyak tadi.. Last sekali baru bubuh Susu.. Gaulkan sampai jadi doh..
So nak bakarkan.. Sapukan loyang dengan minyak.. Bulatkan doh sebesar bola golf.. Susun jarak2 sebab nnti doh akan mengembang tau.. Bakar pada suhu 180 darjah 20minit. Ni oven sy.. Ikut oven masing2.. Api atas bawah ek.. Selamat mencuba..

Meh nak share gambar skit.. Ehehe..

Jom add sy di FB : Nurhidayah Musa


Wednesday, August 12, 2015

Keperluan Kalsium untuk Ibu Hamil dan Menyusukan

Tahukah anda?
Ibu hamil dan menyusukan memerlukan lebih kalsium berbanding wanita biasa. Kalsium ibu perlu bagi membantu pembentukan tulang Dan Gigi tau. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan Gigi mudah rapuh Dan juga masalah tulang. Ibu hamil malah ibu menyusukan memerlukan lebih 1000mg kalsium sehari. Susu sahaja tidak mencukupi untuk keperluan kalsium ibu, makanan lain seperti ikan bilis, keju dan banyak lagi perlu untuk ibu hamil juga menyusukan.
Ostematrix Shaklee, membantu membekalkan kalsium untuk ibu hamil. 250mg kalsium 1 tablet. 4 biji sebelum tidur cukup untuk keperluan ibu hamil dan menyusukan.
-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708

GORGES Mommy To Be. Untukmu Bakal Ibu.

Ibu hamil perlukan nutrisi lengkap bukan sekadar untuk tubuh badan ibu itu sendiri, tetapi juga untuk bayi dalam kandungan.
Memang tidak di bagikan sepanjang tempoh kehamilan pelbagài masalah di lalui oleh ibu-ibu hamil antaranya ialah:-
1) Alahan
2) Diabetes semasa hamil
3) HB rendah
4) Darah Tinggi
Dan pelbagài lagi masalah kehamilan lain yang biasa kita dengar.
Waktu hamil ini setiap ibu sangat memerlukan nutrisi lengkap bagi memastikan diri mereka untuk kekal sihat Dan bertenaga.
Bulan ini Shaklee menawarkan discount 5% untuk Set Prenatal (Kehamilan) Shaklee ini. Set ini di datangkan dengan beberapa produk terbaik khas untuk ibu hamil.
1) ESP - Merupakan sumber protein lengkap untuk ibu hamil. ESP ini membantu membekalkan nutrisi buat ibu hamil. Asid amino di dalam ESP ini mampu mencantikkan kulit ibu Dan juga bayi dalam kandungan.
2) Vitalea with Iron Formula - Merupakan multivitamin lengkap yang di tambah rumusan zat besi. Xsesuai untuk memberi tenaga kepada ibu hamil. Selain itu zat besi di dalamnya membantu menaikkan HB ibu hamil.
3) Sustainable Released Vita C - sumber vitamin C membantu dalam menguatkan imunisasi ibu hamil.. Selain memelihara otot, mengelakkan gusi berdarah Dan penyakit2 lain. Vita C Shaklee juga membantu dalam membina kolagen dalam badan untuk menambahkan kecantikan kulit.
4) Ostematrix - Sumber kalsium, magnesium Dan Vitamin D yang lengkap. Membantu dalam menambahkan kalsium ibu hamil. Ibu hamil perlukan lebih kalsium berbanding mereka yang tidak hamil. 1000mg sehari. 1 tablet Ostematrix Shaklee mengandung 250mf kalsium. Membantu mengelakkan masalah kekejangan/simpul biawak/tarik mengkarung yang kerap di alami oleh ibu hamil. Selain itu juga Ostematrix ini juga membantu mengatasi masalah sembelit, Dan kelebihan di kalangan ibu tau..
5) B COMPLEX - B complex Shaklee ni di lengkap semua 8 vitamin B lengkap Dan juga folik asid. Asid Folik dalam B complex Shaklee ini penting untuk ibu hamil bagi mengelakkan kecacatan pada ibu. Selain itu, B complex juga membantu melancarkan perjalanan darah Dan juga untuk antistress.
6)  Omega Guard - merupakan sumber EPA Dan DHA yang membantu dalam process perkembangan otak bayi.
Jom dapatkan set kehamilan Shaklee ini bagi memastikan ibu sentiasa sihat Dan kekal aktif walaupun hamil. Konsultasi percuma bagi pelanggan saya.
-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708

Tuesday, August 11, 2015

Masalah Kurang Darah (HB Rendah) Di kalangan Ibu Hamil

Masalah HB rendah sering di alami oleh ibu hamil. Masalah ini juga di kenali sebagai masalah anemia. Tanda-tanda ibu mengalami masalah HB rendah ialah:-
1) pening
2) mual
3) sesak nafas
4) kuku pucat
5) pendarahan
6) cepatkan letih
Dan beberapa lagi masalah lain. Jika dibiarkan berterusan, boleh menyebabkan kematian pada bayi dalam kandungan Dan juga kematian ibu.
HB normal ibu ialah 11. Jika HB di bawah 11 ibu biasanya akan di berikan vitamin tambahan oleh doktor iaitu vitamin zat besi bagi membantu meningkat HB ibu hamil. Selain itu juga ibu-ibu hamil di galakkan memperbanyakkan makanan yang kaya zat besi dan B12. Contohnya:-
1) kerang
2) daging merah
4) ikan
5) ayam
6) sayuran berdaun hijau.
Dan banyak lagi.
Tapi harus di ingat, bagi memastikan zat besi cepat di serap oleh tubuh, perlu di ambil sekali bersama makanan yang bersumberkan Vitamin C. Contohnya jika ibu-ibu makan kerang rebus, boleh lah mencicahkan kerang bersama2 air Asam limau. Atau juga minum air limau nipis. (Ini nasihat pakar pemakanan yang saya jumpa)
Ibu hamil yang bermasalah HB rendah juga perlu mengelakkan pengambilan makanan berbentuk kafein contohnya
1) kopi
2) teh
3) Milo (setengah ibu yang ada masalah HB rendah tidak sesuai mengambil Milo ketika hamil).
Bagi mengelakkan HB ibu berterusan jatuh, ibu perlulah mengambil vitamin zat besi saranan doktor sama ada iberate, vitamin iron berwarna coklat Dan pelbagài lagi jenis vitamin zat besi yang di sarankan.
Shaklee juga mempunyai vitamin Iron sendiri iaitu Vitalea with iron Formula. InshaAllah membantu.
-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708

Monday, August 10, 2015

Alhamdulillah, Rezeki Bertambah.

Assalamualaikum semua.. Dah lama rasanya tidak bersiaran.. Bersawang dah kedai Shaklee saya ni.. Kebizian (sedikit alasan) menjadi kan masa agak terhad untuk menulis..
Alhamdulillah, saya nak sharekan Allah telah kurniakan saya rezeki untuk menambahkan seorang lagi ahli keluarga saya.. Semuanya rezeki daripada Allah.. Syukur..
Sepanjang tempoh ini, set kehamilan Shaklee memang menjadi makanan tambahan saya yang Alhamdulillah menjadi asbab membantu saya untuk lebih bertenaga walaupun hamil.
Jom saya kenalkan set kehamilan Shaklee yang saya amalkan.. Saya panggil set ni, Set GORGES mommy to be.. Hehe..

Potongan 5% Untuk Mereka Yang Bertuah

Bulan ini Shaklee menawarkan 4 promosi untuk set-srt tertentu. Antaranya ialah:-
1) Set Prenatal
- ESP
- OMEGA GUARD
- OSTEMATRIX
- B COMPLEX
- VITALEA
- SUSTAINABLE RELEASED VITA C
2) Set Postnatal
- ESP
- OMEGA GUARD
- OSTEMATRIX
- ALFALFA
- VITALEA
- SUSTAINABLE RELEASED VITA C
3) Set Healthy Fitness
- 2 JAR CINCH SHAKE MIX
- CINCH TEA MIX
- VITALEA
- HERBALEX
- LECITHIN
4) Set Healthy Living
- 2 BOTOL VIVIX
Setiap set menawarkan beberapa supplements lengkap khas untuk setiap set.
Setiap set lengkap akan di beri potongan harga 5%.. Jom dapatkan segera. Konsultasi percuma untuk pelanggan saya..
-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...