Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Pemakanan yang Betul Bagi Ibu Hamil Penghidap Kencing Manis Siri 2

Assalamualaikum.. Hari ini saya nak sambung kembali pemakanan yang sesuai untuk ibu hamil yang menghidap kencing manis.

Baiklah semalam saya berhenti sehingga kuantiti buah yang boleh di ambil. Hari ni kita sambung bab lain pula. Baiklah, kuantiti gula yang boleh di ambil sehari hanya 5g. Jika pergi hotel, kan biasa gula paket di gunakan, ha, hanya 1 packet sahaja yang boleh di gunakan untuk pesakit kencing manis. Tak boleh lebih. Susu pekat manis? Sangatlah di larang sama sekali kerana gulanya terlalu tinggi. Susu sejat, sehari hanya 2/3 cawan sahaja sehari.

Buah dalam tin, tolonglah tinggalkan, sebab manisnya tinggi. Air kotak Susu ke apa ke memang jika boleh elakkan. Memang mereka kata tanpa gula, atau kurang gula, tapi kandungan gulanya berlebihan daripada keperluan ibu GDM.

Baiklah seterusnya Susu maternity yang biasa kita dengar di iklan. Biasanya ibu di cadangan 4 scoop bagi 1 cawan, ibu GDM perlu kurangkan 2 scoop sahaja bagi setiap cawan. Jadi, pakar menasihatkan ibu GDM mengambil sumber kalsium lain bagi menggantikan susu. Keperluan Susu ibu hamil adalah sekitar 1000mg ke 1200mg sehari.

Teringat saya dulu waktu mengandung anak pertama, saya minum Susu materna jenama dalam iklan sebelum buat BSP. Selepas 2 jam, BSP sy masih tinggi 8. Alhamdulillah tahun ini saya ambil ESP. bila saya minum ESP, 2 jam selepas itu ambil BSP, bacaan cuma 5.5 sahaja.. Manakala kalsium saya gantikan dengan Ostematrix selain makan sumber kalsium yang lain seperti ikan bilis, keju dan lain2.

Alhamdulillah setelah hampir 5 bulan berBSP, result BSP saya semua cantik kecuali Kali pertama kerana terambil lebih makanan ketika itu. Yang lain alhamdulillah baik. HBIC iaitu bacaan gula dalam darah setiap 3 bulan saya hanya 4.7% sahaja. Semuanya dalam kawalan. Alhamdulillah.

Sebenarnya tidak susah pun untuk mengawal gula dalam darah jika kita tahu caranya. Hanya perlu tahu pengambilan gula kita seharian, inshaAllah semuanya boleh di kawal. Makanlah apa yang anda suka, tapi semuanya perlu berpada..

Sebarang pertanyaan boleh komen atau wassup saya terus. Saya boleh bantu mengikut ilmu yang saya ada. InshaAllah.

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Tuesday, August 18, 2015

Cara Pemakanan yang Betul Bagi Ibu Hamil Penghidap Kencing Manis Siri 1

Assalamualaikum, petang2 hari ni saya nak sharekan pengalaman saya sebagai ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis (GDM). Saya memang menghadapi masalah kencing manis sejak kehamilan pertama lagi. Jadi di kehamilan ke dua ni pun saya juga menghadapi masalah yang sama.

Memang setiap 2 minggu saya perlu ke klinik untuk buat ujian BSP bagi memastikan masalah kencing manis saya terkawal. Memang ujian bagi ibu hamil GDM ni kerana banyak makanan perlu di kawal kuantitinya.

Jadi saya mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri ke kelas nutrisi dengan pakar zat makanan. Daripada kelas tersebut, banyak ilmu yang saya dapati. Sebenarnya ibu hamil GDM ni bukannya tak boleh makan pelbagài makanan. Boleh, tapi kuantiti pengambilan tu haruslah betul. Jika berlebihan itulah yang menyebabkan masalah itu datang.

Baiklah, saya beri penerangan sedikit tentang cara makan ibu hamil GDM. Semua jenis karbohidrat ibu GDM boleh ambil tapi sekali ambil, kuantitinya hanyalah segenggam. Contohnya nasi, tiada masalah untuk tidak mengambil nasi beras perang atau nasi beras mahal.. Ibu hanya perlu melimitkan hanya segenggam sekali makan. Nasi ibu GDM boleh ambil hingga 3kali sehari.

Untuk pemakanan yang seimbang, nasi hanya segenggam, lebihkan sayur berserat tinggi dan juga protein serta lemak perlu juga di ambil. Pendek kata semua yang ada dalam piramid makanan perlu ambil, cuma waktu dan kuantiti kena betul.

Contohnya jika kira makan tengah hari dalam 1 pinggan, kita bahagikan pinggan kepada 4 bahagian, 1/4 pinggan atau segenggam adalah nasi. Lagi 1/4 pinggan penuhkan dengan makanan berbentuk protein seperti ikan, Tempe, ayam, sotong, udang Dan daging. Ha, untuk setengah pinggan adalah hidangan sayur-sayuran hijau.. Dan juga buah. Air kosong.

Buah perlu ambil sebelum menikmati makanan berat. Buah yang diambil juga perlu ada kuantitinya. Contohnya buat besar biji mata seperti anggur, mata kucing, langsat dan lain2, ibu GDM hanya boleh ambil 4 biji sahaja sekali ambil.
Buah seperti epal, lai, pear dan seumpamanya, ibu GDM perlukan separuh sahaja sekali ambil. Jika tembikai Dan seangkatannya, ibu GDM perlukan hanya setengah daripada potongan yang biasa jual di kalangan untuk sekali pengambilan.

Baiklah, sebenarnya banyak lagi yang ingin di kongsikan. Nantikan siri ke 2 untuk entry ini..

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Wednesday, August 12, 2015

Keperluan Kalsium untuk Ibu Hamil dan Menyusukan

Tahukah anda?
Ibu hamil dan menyusukan memerlukan lebih kalsium berbanding wanita biasa. Kalsium ibu perlu bagi membantu pembentukan tulang Dan Gigi tau. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan Gigi mudah rapuh Dan juga masalah tulang. Ibu hamil malah ibu menyusukan memerlukan lebih 1000mg kalsium sehari. Susu sahaja tidak mencukupi untuk keperluan kalsium ibu, makanan lain seperti ikan bilis, keju dan banyak lagi perlu untuk ibu hamil juga menyusukan.
Ostematrix Shaklee, membantu membekalkan kalsium untuk ibu hamil. 250mg kalsium 1 tablet. 4 biji sebelum tidur cukup untuk keperluan ibu hamil dan menyusukan.
-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708

GORGES Mommy To Be. Untukmu Bakal Ibu.

Ibu hamil perlukan nutrisi lengkap bukan sekadar untuk tubuh badan ibu itu sendiri, tetapi juga untuk bayi dalam kandungan.
Memang tidak di bagikan sepanjang tempoh kehamilan pelbagài masalah di lalui oleh ibu-ibu hamil antaranya ialah:-
1) Alahan
2) Diabetes semasa hamil
3) HB rendah
4) Darah Tinggi
Dan pelbagài lagi masalah kehamilan lain yang biasa kita dengar.
Waktu hamil ini setiap ibu sangat memerlukan nutrisi lengkap bagi memastikan diri mereka untuk kekal sihat Dan bertenaga.
Bulan ini Shaklee menawarkan discount 5% untuk Set Prenatal (Kehamilan) Shaklee ini. Set ini di datangkan dengan beberapa produk terbaik khas untuk ibu hamil.
1) ESP - Merupakan sumber protein lengkap untuk ibu hamil. ESP ini membantu membekalkan nutrisi buat ibu hamil. Asid amino di dalam ESP ini mampu mencantikkan kulit ibu Dan juga bayi dalam kandungan.
2) Vitalea with Iron Formula - Merupakan multivitamin lengkap yang di tambah rumusan zat besi. Xsesuai untuk memberi tenaga kepada ibu hamil. Selain itu zat besi di dalamnya membantu menaikkan HB ibu hamil.
3) Sustainable Released Vita C - sumber vitamin C membantu dalam menguatkan imunisasi ibu hamil.. Selain memelihara otot, mengelakkan gusi berdarah Dan penyakit2 lain. Vita C Shaklee juga membantu dalam membina kolagen dalam badan untuk menambahkan kecantikan kulit.
4) Ostematrix - Sumber kalsium, magnesium Dan Vitamin D yang lengkap. Membantu dalam menambahkan kalsium ibu hamil. Ibu hamil perlukan lebih kalsium berbanding mereka yang tidak hamil. 1000mg sehari. 1 tablet Ostematrix Shaklee mengandung 250mf kalsium. Membantu mengelakkan masalah kekejangan/simpul biawak/tarik mengkarung yang kerap di alami oleh ibu hamil. Selain itu juga Ostematrix ini juga membantu mengatasi masalah sembelit, Dan kelebihan di kalangan ibu tau..
5) B COMPLEX - B complex Shaklee ni di lengkap semua 8 vitamin B lengkap Dan juga folik asid. Asid Folik dalam B complex Shaklee ini penting untuk ibu hamil bagi mengelakkan kecacatan pada ibu. Selain itu, B complex juga membantu melancarkan perjalanan darah Dan juga untuk antistress.
6)  Omega Guard - merupakan sumber EPA Dan DHA yang membantu dalam process perkembangan otak bayi.
Jom dapatkan set kehamilan Shaklee ini bagi memastikan ibu sentiasa sihat Dan kekal aktif walaupun hamil. Konsultasi percuma bagi pelanggan saya.
-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708

Tuesday, August 11, 2015

Masalah Kurang Darah (HB Rendah) Di kalangan Ibu Hamil

Masalah HB rendah sering di alami oleh ibu hamil. Masalah ini juga di kenali sebagai masalah anemia. Tanda-tanda ibu mengalami masalah HB rendah ialah:-
1) pening
2) mual
3) sesak nafas
4) kuku pucat
5) pendarahan
6) cepatkan letih
Dan beberapa lagi masalah lain. Jika dibiarkan berterusan, boleh menyebabkan kematian pada bayi dalam kandungan Dan juga kematian ibu.
HB normal ibu ialah 11. Jika HB di bawah 11 ibu biasanya akan di berikan vitamin tambahan oleh doktor iaitu vitamin zat besi bagi membantu meningkat HB ibu hamil. Selain itu juga ibu-ibu hamil di galakkan memperbanyakkan makanan yang kaya zat besi dan B12. Contohnya:-
1) kerang
2) daging merah
4) ikan
5) ayam
6) sayuran berdaun hijau.
Dan banyak lagi.
Tapi harus di ingat, bagi memastikan zat besi cepat di serap oleh tubuh, perlu di ambil sekali bersama makanan yang bersumberkan Vitamin C. Contohnya jika ibu-ibu makan kerang rebus, boleh lah mencicahkan kerang bersama2 air Asam limau. Atau juga minum air limau nipis. (Ini nasihat pakar pemakanan yang saya jumpa)
Ibu hamil yang bermasalah HB rendah juga perlu mengelakkan pengambilan makanan berbentuk kafein contohnya
1) kopi
2) teh
3) Milo (setengah ibu yang ada masalah HB rendah tidak sesuai mengambil Milo ketika hamil).
Bagi mengelakkan HB ibu berterusan jatuh, ibu perlulah mengambil vitamin zat besi saranan doktor sama ada iberate, vitamin iron berwarna coklat Dan pelbagài lagi jenis vitamin zat besi yang di sarankan.
Shaklee juga mempunyai vitamin Iron sendiri iaitu Vitalea with iron Formula. InshaAllah membantu.
-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...