Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

Testimoni Set Kulit Shaklee

Assalamualaikum semua.. Petang ni saya nak share sikit testimoni set kulit Shaklee..

Pelanggan saya ni ambil Sustainable Released Vita-C dan Vitamin E complex.

Alhamdulillah customer saya berpuas hati dengan dua vitamin hot ni.. Jom ikuti testimoninya..

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email : nurshaida_87@yahoo.com.my


Monday, August 17, 2015

Pengalaman Saya Hamil dengan Set Kehamilan Shaklee

Harini saya nak share TESTIMONI diri saya sendiri menggunakan set kehamilan Shaklee..

Alhamdulillah setelah 8 bulan hamil, banyak sangat kebaikan set kehamilan Shaklee yang saya nikmati. Seriously mengandung dengan set kehamilan Shaklee buat saya rasa lebih bertenaga daripada kehamilan sebelumnya.

Pertama sekali, baru ini HB saya turun akibat saya skip makan vitamin Vitalea sepanjang bulan Ramadan. HB drop sehingga 10.4.. Nurse bising Dan bagi saya masa 2 minggu untuk naikkan balik HB saya. Saya tekad untuk tidak skip lagi Vitalea saya. Saya berterusan ambil Vitalea Shaklee setiap hari tanpa culas, kesannya Alhamdulillah HB saya daripada 10.4 naik ke 11.1 hanya dalam masa 2 minggu..

Selain dari itu, sejak mengamalkan set kehamilan Shaklee sehingga sy hamil 31minggu kini belum lagi saya hadapi masalah kaki krem atau orang panggil tarik mengkarung/ular air walaupun bergerak aktif sepanjang hari. Ingat lagi sewaktu kehamilan yang lepas, hampir setiap malam saya hadapi masalah krem kaki sehingga perlu memakai stokin di waktu tidur bagi elakkan krem tersebut. Alhamdulillah Ostematrix Shaklee dalam set kehamilan membantu mengurangkan risiko masalah tersebut.

Ha, jangan tak tahu, set kehamilan Shaklee juga membantu mengelakkan masalah sembelit pada ibu hamil tau. Selain itu Vitamin C Dan ESP Shaklee membantu mencantikkan kulit ibu hamil tau. Regangan pada perut juga kurang berbanding sebelumnya..

Paling saya teruja ialah, saya memang mengalami masalah kencing manis ketika hamil. Jadi setiap 2minggu saya perlu buat BSP. Jadi di waktu sarapan saya ambil ESP sebagai sarapan, Alhamdulillah bacaan BSP saya normal. Masih saya ingat saya pernah bersarapan dengan Susu ibu hamil di pasaran, bila darah di ambil, bacaan BSP sy tinggi sehingga 8moll berbeza dengan 5.5moll sarapan dengan ESP.. Alhamdulillah ESP memang rendah dengan GLISEMIX index sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis.

Banyak lagi kebaikan set kehamilan Shaklee ini.. Jika nak ceritakan satu persatu sampai esok pun tak habis.. Hehe.. Alhamdulillah..

Berminat nak menikmati masa kehamilan dengan set kehamilan Shaklee? Boleh hubungi sy. Konsultasi percuma akan di berikan. Jadual Dan cara makan vitamin dengan betul pun akan saya sertakan untuk anda semua..

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email : nurshaida_87@yahoo.com.my


Khas Untuk Mereka yang Ingin Cantik.

Ada tak yang telah penat mencuba pelbagai jenis skincare products untuk mendapatkan kulit wajah idaman?

Mungkin anda semua perlu cuba untuk "merawat" masalah kulit dari dalam terlebih dahulu sebelum kesannya terlihat keluar. Yelah, mana taknya, jika dalaman tak di bersihkan terlebih dahulu bagaimana luaran nak nampak cantik dan berserikan.

Tahu tak, Shaklee menawarkan rangkaian vitamin untuk kecantikan kulit. Set ini terdiri daripada Family Wellness Set (Vita-Lea + Vita-C + B-Complex + ESP) + Vita-E + GLA Complex + CarotoMax. Ini merupakan full package yang paling optimum sekali, namun anda boleh tanyakan kepada tanyakan kepada saya atau Shaklee distributor anda gabungan yang sesuai mengikut keperluan dan budget anda. Jom lihat bagaimana vitamin-vitamin di atas boleh membantu kecantikan kulit anda semua.

1) Sustainable Released Vita-C - merupakan vitamin wajib untuk kecantikan kulit kerana ia membantu merangsang pembentukan kolagen yang bertanggungjawab mengekalkan kelembapan dan kegebuan kulit. Ia juga merupakan antioksidan yang kuat untuk melindungi kulit dari kesan pencemaran, UV dan diet yang tidak sihat. Selain itu Vita-C membantu memudarkan kesan parut, mengurangkan kesan sunburn, mencerahkan kulit dan menghalang pigmentasi kulit.

2) B-Complex - vitamin wajib untuk kecantikan kulit. Setiap jenis vitamin B dalam B-Complex mempunyai peranan tersendiri dalam kecantikan kulit. Perlu diingat, B-Complex merupakan vitamin anti-stress yang mana stress merupakan salah satu faktor masalah kulit seperti berjerawat. B-Complex terkenal dengan fungsinya yang mampu mencegah acne dan menggalakkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

3) Vita-Lea - mengandungi rangkaian vitamin yang lengkap. Tahukah anda kunci utama untuk kulit sihat adalah diet yang seimbang yang memenuhi semua keperluan vitamin untuk badan. Namun kaedah pemprosesan makanan, pencemaran, diet yang tidak seimbang, etc. menghalang kita untuk mendapat keperluan tersebut. Antara vitamin yang penting untuk kulit adalah vitamin A, D, K dan zinc. Semua ini dapat anda perolehi daripada Vita-Lea.

4) Vita-E Complex - terkenal sebagai anti-aging vitamin. Ia mampu mengurangkan kesan kedutan pada wajah, meningkatkan kelembapan dan kegebuan wajah dan mampu mencegah penyakit kulit kerana ia merupakan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kulit.

5) GLA Complex - membantu memperbetulkan sistem hormon wanita. Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan masalah pada kulit. Ia juga mampu mencegah masalah eczema.

6) CarotoMax - adalah supplement antioksida istimewa keluaran Shaklee. Ia dapat menggalakan kesihatan kulit dan meredakan penyakit kulit termasuk ulser kulit, kudis dan jerawat. Ia juga menjaga kecantikan mata yang merupakan antara tarikan penting selain kulit wajah. Mata yang sihat bersinar, tiada mata sembab (eyebag) dan kesan hitam di bawah mata akan melengkapkan kecantikan wajah anda.

7) ESP - ini adalah produk hot Shaklee.  protein drink yang hebat untuk membaikpulih sel-sel kulit. Tisu kulit yang rosak boleh menyebabkan kesan parut dan pigmentasi. ESP membantu menggantikan tisu yang rosak itu dengan yang baru.

Rangkaian vitamin penjagaan kulit ini sangat sesuai bagi mereka yang betul2 menjaga kecantikan kulit Dan kesihatan badan dari dalam. Apa yang indah di dalam pasti terserlah keluar.. Tak nak gitu?

Berminat? Boleh hubungi sy untuk konsultasi percuma je..

Saya Shaklee independent Distributor yang sah. COD area Manjung, Lumut Dan Sitiawan.. Post ke seluruh Malaysia.

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Friday, August 14, 2015

Kulit Makin Cantik Dan Halus

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak share sikit pengalaman hari raya hari tu. Raya ke 3 balik ke rumah Mak. Almaklumlah tahun ni giliran beraya ke rumah mertua kan. Hehe. So raya ke 3 balik rumah Mak.

Rupanya pakcik Adik Mak pun datang sekali hari tersebut. Pagi tu join Mak Dan pakcik berborak. Lepas tu pakcik tegur kulit muka saya makin bersih Dan cantik. Dia siap pegang lagi pipi saya.. Dia cakap macam kulit baby. Alhamdulillah.

Sejam ambil set kecantikan Shaklee, Dan rajin buat masker ESP+Collagen memang kulit rasa lain sangat. Kawan2 pun menegur perkataan yang sama.

So far, Alhamdulillah Shaklee tak pernah menghampakan..


-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my

Wednesday, August 12, 2015

GORGES Mommy To Be. Untukmu Bakal Ibu.

Ibu hamil perlukan nutrisi lengkap bukan sekadar untuk tubuh badan ibu itu sendiri, tetapi juga untuk bayi dalam kandungan.
Memang tidak di bagikan sepanjang tempoh kehamilan pelbagài masalah di lalui oleh ibu-ibu hamil antaranya ialah:-
1) Alahan
2) Diabetes semasa hamil
3) HB rendah
4) Darah Tinggi
Dan pelbagài lagi masalah kehamilan lain yang biasa kita dengar.
Waktu hamil ini setiap ibu sangat memerlukan nutrisi lengkap bagi memastikan diri mereka untuk kekal sihat Dan bertenaga.
Bulan ini Shaklee menawarkan discount 5% untuk Set Prenatal (Kehamilan) Shaklee ini. Set ini di datangkan dengan beberapa produk terbaik khas untuk ibu hamil.
1) ESP - Merupakan sumber protein lengkap untuk ibu hamil. ESP ini membantu membekalkan nutrisi buat ibu hamil. Asid amino di dalam ESP ini mampu mencantikkan kulit ibu Dan juga bayi dalam kandungan.
2) Vitalea with Iron Formula - Merupakan multivitamin lengkap yang di tambah rumusan zat besi. Xsesuai untuk memberi tenaga kepada ibu hamil. Selain itu zat besi di dalamnya membantu menaikkan HB ibu hamil.
3) Sustainable Released Vita C - sumber vitamin C membantu dalam menguatkan imunisasi ibu hamil.. Selain memelihara otot, mengelakkan gusi berdarah Dan penyakit2 lain. Vita C Shaklee juga membantu dalam membina kolagen dalam badan untuk menambahkan kecantikan kulit.
4) Ostematrix - Sumber kalsium, magnesium Dan Vitamin D yang lengkap. Membantu dalam menambahkan kalsium ibu hamil. Ibu hamil perlukan lebih kalsium berbanding mereka yang tidak hamil. 1000mg sehari. 1 tablet Ostematrix Shaklee mengandung 250mf kalsium. Membantu mengelakkan masalah kekejangan/simpul biawak/tarik mengkarung yang kerap di alami oleh ibu hamil. Selain itu juga Ostematrix ini juga membantu mengatasi masalah sembelit, Dan kelebihan di kalangan ibu tau..
5) B COMPLEX - B complex Shaklee ni di lengkap semua 8 vitamin B lengkap Dan juga folik asid. Asid Folik dalam B complex Shaklee ini penting untuk ibu hamil bagi mengelakkan kecacatan pada ibu. Selain itu, B complex juga membantu melancarkan perjalanan darah Dan juga untuk antistress.
6)  Omega Guard - merupakan sumber EPA Dan DHA yang membantu dalam process perkembangan otak bayi.
Jom dapatkan set kehamilan Shaklee ini bagi memastikan ibu sentiasa sihat Dan kekal aktif walaupun hamil. Konsultasi percuma bagi pelanggan saya.
-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708

Tuesday, August 11, 2015

Masalah Kurang Darah (HB Rendah) Di kalangan Ibu Hamil

Masalah HB rendah sering di alami oleh ibu hamil. Masalah ini juga di kenali sebagai masalah anemia. Tanda-tanda ibu mengalami masalah HB rendah ialah:-
1) pening
2) mual
3) sesak nafas
4) kuku pucat
5) pendarahan
6) cepatkan letih
Dan beberapa lagi masalah lain. Jika dibiarkan berterusan, boleh menyebabkan kematian pada bayi dalam kandungan Dan juga kematian ibu.
HB normal ibu ialah 11. Jika HB di bawah 11 ibu biasanya akan di berikan vitamin tambahan oleh doktor iaitu vitamin zat besi bagi membantu meningkat HB ibu hamil. Selain itu juga ibu-ibu hamil di galakkan memperbanyakkan makanan yang kaya zat besi dan B12. Contohnya:-
1) kerang
2) daging merah
4) ikan
5) ayam
6) sayuran berdaun hijau.
Dan banyak lagi.
Tapi harus di ingat, bagi memastikan zat besi cepat di serap oleh tubuh, perlu di ambil sekali bersama makanan yang bersumberkan Vitamin C. Contohnya jika ibu-ibu makan kerang rebus, boleh lah mencicahkan kerang bersama2 air Asam limau. Atau juga minum air limau nipis. (Ini nasihat pakar pemakanan yang saya jumpa)
Ibu hamil yang bermasalah HB rendah juga perlu mengelakkan pengambilan makanan berbentuk kafein contohnya
1) kopi
2) teh
3) Milo (setengah ibu yang ada masalah HB rendah tidak sesuai mengambil Milo ketika hamil).
Bagi mengelakkan HB ibu berterusan jatuh, ibu perlulah mengambil vitamin zat besi saranan doktor sama ada iberate, vitamin iron berwarna coklat Dan pelbagài lagi jenis vitamin zat besi yang di sarankan.
Shaklee juga mempunyai vitamin Iron sendiri iaitu Vitalea with iron Formula. InshaAllah membantu.
-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708

Monday, August 10, 2015

Alhamdulillah, Rezeki Bertambah.

Assalamualaikum semua.. Dah lama rasanya tidak bersiaran.. Bersawang dah kedai Shaklee saya ni.. Kebizian (sedikit alasan) menjadi kan masa agak terhad untuk menulis..
Alhamdulillah, saya nak sharekan Allah telah kurniakan saya rezeki untuk menambahkan seorang lagi ahli keluarga saya.. Semuanya rezeki daripada Allah.. Syukur..
Sepanjang tempoh ini, set kehamilan Shaklee memang menjadi makanan tambahan saya yang Alhamdulillah menjadi asbab membantu saya untuk lebih bertenaga walaupun hamil.
Jom saya kenalkan set kehamilan Shaklee yang saya amalkan.. Saya panggil set ni, Set GORGES mommy to be.. Hehe..

Sunday, November 23, 2014

7 Elemen Dalam Vitamin C Yang Anda Perlu Tahu..

Harini saya ingin berkongsi tentang Vitamin C shaklee.. Nak tahu elemen-elemen penting dalam Vitamin C shaklee? Jom baca..

7 Elemen Penting Dalam Vitamin C Shaklee

Fungsi

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Sumber: cery mama faiz

Siapa yang Memerlukan?
1. Perokok

* Vitamin C adalah antioksidan utama dalam tubuh manusia. Berbanding dengan mereka yang tidak merokok, perokok memerlukan kandungan vitamin C yang lebih tinggi. Ini disebabkan 'free radicals' merbahaya dalam rokok menyebabkan menyebabkan kandungan vitamin C badan menyusut lebih cepat dari biasa.

p/s: berbeza dengan vitamin K, perokok mesti mengelakkan supplemen yang mengandungi vitamin K kerana bersifat lawan dengan 'anti- coagulant'(elak pembekuan) dalam darah).

sumber: livestrong

2. Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C dalam badan

3. Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat

4. Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.

5. Semua yang mahukan kesihatan tubuh badan baik kerana Vitamin C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.

6. Yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C

7. Perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement Vitamin C ( mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vita c, mengelakkan daripada ianya cepat teroksida dan merosakkan sel )

Simptom-simptom Kekurangan
1. Kuku Mudah Patah

Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid

2. Mata Terasa Kering

Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.

3. Pecah-pecah Di Bahagian Hujung Mulut

Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.

4. Bibir Pecah-Pecah

Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.

5. Kulit Merah dan Berminyak

Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.

6. Jerawat

Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.

7. Rambut Nipis

Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.

8. Kelemumur

Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.

9. Mata Merah

Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.

10. Luka Lambat Sembuh

Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.

Sumber: Mingguan Wanita | Mac 2010

Shaklee Difference
Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.

Sustained Release Vita-C mengandungi:
1. Kandungan Vitamin C yang tinggi.

2. Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

3. Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

4. Merupakan Vita C pertama yang natural: TIADA perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

5. Bertindak secara Sustained Release yang berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24jam.

6. Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vita C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

* 100mg dilepaskan bagi setiap 1jam selama 5 jam tanpa henti!

7. Satu tablet mengandungi 500mg Vitamin C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.

8. Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg

9. Terdapat juga dalam bentuk yang boleh dikunyah Chewable Vita C.

Sumber Makanan

Kebanyakan pendapat mengatakan sumber vitamin C yang banyak datangnya dari buah oren. Realitinya, guava memiliki kandungan vitamin C yang lebih iaitu 183.5 mg vitamin c setengah hidangan iaitu melebihi tiga kali ganda jumlah vitamin C yang disarankan dalam sehari, 60 mg.

Walaubagaimanapun, angka ini bergantung kepada cara penyediaan seseorang individu tertentu, kerana vitamin c adalah jenis vitamin mudah larut dalam air. Jadi tahap vitamin c akan berkurangan apabila disimpan dalam keadaan lembap atau basah bersama air atau dimasak dengan air yang banyak.

Seelok eloknya, buah-buahan dan sayuran ini dimakan mentah bagi mengekalkan kesegaran kandungan vitamin C tersebut.

Terdapat pelbagai contoh lain sumber vitamin C yang mudah didapati antaranya strawberi, tomato, brokoli, betik, mangga, nenas dan lain lain lagi.

Dos Pengambilan
1. Untuk kesihatan optimum, cukup sekadar 1 biji sehari selepas sarapan

2. Untuk kulit kusam dan inginkan kulit yang cantik, seeloknya 2 biji Vitamin C selepas pengambilan ESP SHAKLEE atau COLLAGEN SHAKLEE

Panduan Pilih
Vitamin C sangat sesuai diambil oleh siapa-siapa yang mengamalkan VITALEA SHAKLEE untuk mendapatkan penyerapan vitamin yang optimum

Kredit: Nur 'Atiqah


Thursday, October 09, 2014

INFO SIHAT, Segalanya Tentang Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu..

Assalamualaikum semua.

Saya ke udara lagi hari ini. Hari ini saya nak share sikit tentang Vitamin C. Vitamin yang sinonim dengan kecantikan. Of course kalau kita tengok kulit orang-orang yang rajin consume vitamin C ni memang cantik okay. Nampak fresh dan lembab je. Selain tu bibir pun kemerah-merahan umpama delima merekah.. Ecewah.. Melampaunya.. hahaha..

Oklah, apa sebenarnya Vitamin C ni? Apa fungsinya pada badan? Berapa dose yang sepatutnya ambil? Untuk cantik je ke vitamin C ni? Ha, itulah yang saya nak cerita hari ini. Jom Teruskan pembacaan anda..

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C atau Ascorbic asid adalah vitamin yang mudah larut air dan juga terkenal kerana kebolehannya melawan demam dan selsema. Ini kerana, Vitamin C merupakan the most powerful (orang putih kata) antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan imunisasi badan kita. Selain itu juga Vitamin C juga membantu dalam meningkatkan kesihatan gigi dan gusi. Vitamin C cuba adalah salah satu vitamin yang penting dalam penyerapan IRON dalam tubuh badan. Jangan tak tahu ye, Vitamin C juga boleh membantu dalam penyembuhan luka, dan menguatkan dinding pembuluh darah anda.

Nak tahu ape sumber-sumber Vitamin C?

Vitamin C boleh di dapati daripada:-
 1) Buah Citrus seperti limau
 2) Buah Kiwi
 3) Brokoli
 4) Bunga kubis
 5) Stawberry
 6) Roseship
 7) Bayam
 8) Tomato
 9) sayur-sayuran berdaun hijau dan pelbagai lagi sumber.

Badan anda tak cukup Vitamin C? 






Antara tanda-tanda yang badan anda tak cukup Vitamin C adalah:-

Scurvy - ini merupakan satu penyakit di mana Gusi mudah berdarah, gigi longgar, anemia, sakit-sakit sendi dan bengkak. Scurvy juga menyebabkan luka lambat sembuh, kulit kering, kurang selera makan, lebam-lebam yang kerap dan juga tidak bermaya. 

Penyakit scurvy ini biasanya di jangkiti oleh mereka yang sudah berusia, dan juga mereka yang mengambil diet yang tidak sihat. Mereka yang menghidap Scurvy ini biasanya mudah terken jangkitan dan juga luka lambat sembuh. SO, SIAPA-SIAPA YANG ADA TANDA-TANDA DI ATAS, HARUS AMBIL VITAMIN C.

Vitamin C membantu dalam penyembuhan penyakit:-

1) allergik dan asma
2) arteriosclerosis
3) bronchitis
4) lebam-lebam
5) kanser
6) katarak mata
7) demam dan selsema
8) depression
9) diabetes
10) ulser
11) hypertension dan pelbagai lagi
 
Dose yang patut di ambil

Biasanya dose di antara 300mg ke 3000mg. Jika anda ingin mengambil vitamin C tablet si syorkan ambil tablet yang mengandungi 500mg ke 1000mg. Ramai di antara kita yang mengambil di antara 500mg ke 4000mg Vitamin C sehari, namun jangan bimbang kerana Vitamin C adalah vitamin mudah larut air, dan vitamin yang tidak digunakan akan di process keluar daripada badan selepas 2 ke 3 jam pengambilan. 

Faktor perlunya kita semua kepada Vitamin C adalah.

Persekitaran kita yang terdedah kepada asap rokok dan kereta serta pencemaran menyebabkan kita perlu mengambil Vitamin C sebagai makanan tambahan. Ini bagi mengelakkan, anda di jangkiti Virus dan penyakit-penyakit yang telah di sebutkan di atas. 

Namun harus di ingat, jika mengambil lebih daripada 3000mg Vitamin C sehari anda berkebarangkalian terdedah kepada Diarrhea. Ianya tidak berbahaya kerana Vitamin C adalah nontoxic. So, dose yang tidak di gunakan oleh badan biasanya akan di buang melalui sistem perkumuhan.

INFO

Vitamin C membantu meningkatkan kadar penyerapan IRON dan COOPER dalam badan.

Jangan tak tahu ye, Shaklee pun ada Vitamin C mereka sendiri. Di post akan datang saya akan terangkan kebaikan Vitamin C SHAKLEE..


sumber RUJUKAN buku : - THE COMPLETE GUIDE TO VITAMINS, HERBS and SUPPLEMENTS.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...