Thursday, October 09, 2014

INFO SIHAT, Segalanya Tentang Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu..

Assalamualaikum semua.

Saya ke udara lagi hari ini. Hari ini saya nak share sikit tentang Vitamin C. Vitamin yang sinonim dengan kecantikan. Of course kalau kita tengok kulit orang-orang yang rajin consume vitamin C ni memang cantik okay. Nampak fresh dan lembab je. Selain tu bibir pun kemerah-merahan umpama delima merekah.. Ecewah.. Melampaunya.. hahaha..

Oklah, apa sebenarnya Vitamin C ni? Apa fungsinya pada badan? Berapa dose yang sepatutnya ambil? Untuk cantik je ke vitamin C ni? Ha, itulah yang saya nak cerita hari ini. Jom Teruskan pembacaan anda..

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C atau Ascorbic asid adalah vitamin yang mudah larut air dan juga terkenal kerana kebolehannya melawan demam dan selsema. Ini kerana, Vitamin C merupakan the most powerful (orang putih kata) antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan imunisasi badan kita. Selain itu juga Vitamin C juga membantu dalam meningkatkan kesihatan gigi dan gusi. Vitamin C cuba adalah salah satu vitamin yang penting dalam penyerapan IRON dalam tubuh badan. Jangan tak tahu ye, Vitamin C juga boleh membantu dalam penyembuhan luka, dan menguatkan dinding pembuluh darah anda.

Nak tahu ape sumber-sumber Vitamin C?

Vitamin C boleh di dapati daripada:-
 1) Buah Citrus seperti limau
 2) Buah Kiwi
 3) Brokoli
 4) Bunga kubis
 5) Stawberry
 6) Roseship
 7) Bayam
 8) Tomato
 9) sayur-sayuran berdaun hijau dan pelbagai lagi sumber.

Badan anda tak cukup Vitamin C? 






Antara tanda-tanda yang badan anda tak cukup Vitamin C adalah:-

Scurvy - ini merupakan satu penyakit di mana Gusi mudah berdarah, gigi longgar, anemia, sakit-sakit sendi dan bengkak. Scurvy juga menyebabkan luka lambat sembuh, kulit kering, kurang selera makan, lebam-lebam yang kerap dan juga tidak bermaya. 

Penyakit scurvy ini biasanya di jangkiti oleh mereka yang sudah berusia, dan juga mereka yang mengambil diet yang tidak sihat. Mereka yang menghidap Scurvy ini biasanya mudah terken jangkitan dan juga luka lambat sembuh. SO, SIAPA-SIAPA YANG ADA TANDA-TANDA DI ATAS, HARUS AMBIL VITAMIN C.

Vitamin C membantu dalam penyembuhan penyakit:-

1) allergik dan asma
2) arteriosclerosis
3) bronchitis
4) lebam-lebam
5) kanser
6) katarak mata
7) demam dan selsema
8) depression
9) diabetes
10) ulser
11) hypertension dan pelbagai lagi
 
Dose yang patut di ambil

Biasanya dose di antara 300mg ke 3000mg. Jika anda ingin mengambil vitamin C tablet si syorkan ambil tablet yang mengandungi 500mg ke 1000mg. Ramai di antara kita yang mengambil di antara 500mg ke 4000mg Vitamin C sehari, namun jangan bimbang kerana Vitamin C adalah vitamin mudah larut air, dan vitamin yang tidak digunakan akan di process keluar daripada badan selepas 2 ke 3 jam pengambilan. 

Faktor perlunya kita semua kepada Vitamin C adalah.

Persekitaran kita yang terdedah kepada asap rokok dan kereta serta pencemaran menyebabkan kita perlu mengambil Vitamin C sebagai makanan tambahan. Ini bagi mengelakkan, anda di jangkiti Virus dan penyakit-penyakit yang telah di sebutkan di atas. 

Namun harus di ingat, jika mengambil lebih daripada 3000mg Vitamin C sehari anda berkebarangkalian terdedah kepada Diarrhea. Ianya tidak berbahaya kerana Vitamin C adalah nontoxic. So, dose yang tidak di gunakan oleh badan biasanya akan di buang melalui sistem perkumuhan.

INFO

Vitamin C membantu meningkatkan kadar penyerapan IRON dan COOPER dalam badan.

Jangan tak tahu ye, Shaklee pun ada Vitamin C mereka sendiri. Di post akan datang saya akan terangkan kebaikan Vitamin C SHAKLEE..


sumber RUJUKAN buku : - THE COMPLETE GUIDE TO VITAMINS, HERBS and SUPPLEMENTS.

0 comments:

Post a Comment

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...