Wednesday, October 15, 2014

Aktiviti : Jom Tengok Cerita Saya Sepanjang Ahad Lepas..

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya ke udara lagi. Beberapa hari tak menulis rasa macam rindu sangat dengan pembaca dan bloggers2 semua. Alhamdulillah, pagi ini Allah masih lagi beri saya peluang untuk bernafas dan menikmati segala nikmat yang Allah sediakan.. Alhamdulillah..

Hari ini saya nak cerita sikit aktivit saya hari ahad lalu. hehe.. Saya sekeluarga (Saya, husband dan Adam) saja2 jalan2 di Taiping. Semuanya unplan program.. Biasanya kami memang begitu. Semuanya unplan. Sebab kalau plan selalu sangat tak jadi.. hehe.. So, bagi mengelakkan rasa kecewa di hati (ini agak tak baik ye) better buat program unplan.. hehe.. Banyak la tempat-tempat riadah kami pergi.. dan of course la yang paling seronok si kecik tu (Adam) (Eleh, sebenarnya ibu die yang over excited tapi tak nak ngaku) hahaha.. Kami pergi mana? Lets check it out..

Okay sebelum pergi panaskan Enjin kereta.. Si kecik ni berangan nak drive..
Selfie dulu sebelum gerak.. Dua-dua ni Co-Driver ayah..
First port kami ialah Tesco Taiping. Kat sini kami solat Zohor dulu. After solat barulah kami memulakan perjalanan ke Taman Tasik Taiping. Kat sini pekena Laksa dan rojak buah. Gambar makanan tak ambil pulak sebab si kecik tu sibuk suruh suap dia makan cepat2. hehe.. Ni antara selfie selpot kami.

Selfie sikit.. Ni baru sudah makan.. Jalan-jalan tengok org berbot..

Dalam setengah jam di Taman Tasik Taiping, barulah kami pergi ke Zoo Taiping. Port utama kami.

Baru sampai, si kecik tu nak jalan pulak.

Bergambar dengan buaya darat.. Oppss.. ibu tak bergambar sebab buaya daratkan.. bahaya.. hehe

Adam tengok gajah

Jom sentuh ZIrafah

Yeay selpot

Gorilla

Dalam keretapi

Nak balik dah..

Settle solat asar di Zoo, kami terus bergerak ke satu port makan terbaik area Taiping. Iaitu Kuala Sepetang. Kami singgah di restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Time ni, si kecik tu tido ye, sebab terlalu penat berjalan dalam Zoo..

Baru Sampai.

Luas kawasan Restoran ni

Menu utama di Restoran Mee Udang Makjah. Memang terbaik..
Memang best la Mee Udang Mak jah ni. Dok sembang-sembang dengan husband, husband cerita, yang restoran Mak Jah ni stall kecik je dulu, Subhanallah sekarang dah maju dan menjadi tarikan utama di Kuala Sepetang.

Dari situ datang pulak idea giler di fikiran saya nak buat Stall kecik jugak la. Tapi jual Mee Hailam bukan mee udang.. hehe.. Mee Hailam Udang Kak Dayah.. Hahaha.. Berangan2...

Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah jam 9 malam..

-Hidayah Jalan-jalan-

0 comments:

Post a Comment

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...