Sunday, October 26, 2014

Throwback 'SEHARI BERSAMA ATEH'... Jom Baca..

Assalamualaikum semua...

Serius lama sangat-sangat saya tak bersiaran.. Seminggu lamanya.. Rindu sangat nak menulis.. Semua di sebabkan cable internet rumah saya di curi orang. Nak online guna data internet phone amat limited sebab coverage sini sangatlah perlahan. Takpe.. yang penting Alhamdulillah Allah dah makbulkan doa saya line internet kembali pulih.. Baiklah.. Saya sebenarnya nak share banyak sangat cerita sepanjang seminggu saya tak bersiaran ni. Senyap bukan senyap saja ok, diam-diam ubi berisi. hehehe..

Baiklah entry kali ni saya nak share program yang telah di anjurkan oleh ahli keluarga shaklee saya. Program 'SEHARI BERSAMA ATEH' - Siapa Ateh tu? owh, Ateh tu nama sebenarnya Tuan Zuhairi Nopiah seorang penulis buku bertajuk 'LAW of Universal Attraction'.

Banyak ilmu baru yang Kami semua perolehi daripada Ateh, plus jumpa sahabat-sahabat shaklee yang pertama kalinya kami berjumpa.. Selama ini semuanya berjumpa di alam maya sahaja.. Namun Wassup merapatkan ukhuwah kami walaupun kami tidak pernah bersua muka.. hanya berkenalan melalui gambar masing-masing sahaja. Indahnya ukhuwah Maya ini.

Antara isi motivasi tersebut ialah, yang paling utama untuk menarik kebahagiaan adalah :-
1) Berbaik sangka dengan ALLAH, Manusia dan Alam sekitar
2) Bersyukur dengan nikmat yang di perolehi
3) Bersabar dengan ujian yang di hadapi.

Secara keseluruhannya, ceramah dan ilmu yang Ateh kongsikan dengan kami sangat2lah bermakna dan membantu kami dalam merubah corak kami melihat sesuatu.. InshaALLAH..

Banner program

Buku

Sesi kenal-kenal

Tuan Zuhairi Nopiah
Sesi Muhasabah

Faith dalam diri - KEPERCAYAAN

Sharing

Makan time

Makan-makan
Program yang sangat-sangat menarik
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. Jam 3.30 petang kami bertolak balik ke Manjung semula, dan dalam hati saya memegang satu azam yang saya harus BERUBAH.. BERUBAH  menjadi manusia yang lebih bergantung kepada ALLAH, menjadi manusia yang sentiasa BERBAIK SANGKA dengan ALLAH, dan manusia lain, BERFIKIRAN POSITIF, dan sentiasa BERSYUKUR dengan apa yang ada..

Dan satu perkara yang saya belajar lagi ialah, Saya ada PENCIPTA (ALLAH) YANG MAHA PENYAYANG, MENDENGAR, CANTIK, BERKEHENDAK DAN PEMURAH.. ALHAMDULILLAH.. :')

-Salam Kasih Sayang- Hidayah





0 comments:

Post a Comment

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...