Showing posts with label GDM. Show all posts
Showing posts with label GDM. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Pemakanan yang Betul Bagi Ibu Hamil Penghidap Kencing Manis Siri 2

Assalamualaikum.. Hari ini saya nak sambung kembali pemakanan yang sesuai untuk ibu hamil yang menghidap kencing manis.

Baiklah semalam saya berhenti sehingga kuantiti buah yang boleh di ambil. Hari ni kita sambung bab lain pula. Baiklah, kuantiti gula yang boleh di ambil sehari hanya 5g. Jika pergi hotel, kan biasa gula paket di gunakan, ha, hanya 1 packet sahaja yang boleh di gunakan untuk pesakit kencing manis. Tak boleh lebih. Susu pekat manis? Sangatlah di larang sama sekali kerana gulanya terlalu tinggi. Susu sejat, sehari hanya 2/3 cawan sahaja sehari.

Buah dalam tin, tolonglah tinggalkan, sebab manisnya tinggi. Air kotak Susu ke apa ke memang jika boleh elakkan. Memang mereka kata tanpa gula, atau kurang gula, tapi kandungan gulanya berlebihan daripada keperluan ibu GDM.

Baiklah seterusnya Susu maternity yang biasa kita dengar di iklan. Biasanya ibu di cadangan 4 scoop bagi 1 cawan, ibu GDM perlu kurangkan 2 scoop sahaja bagi setiap cawan. Jadi, pakar menasihatkan ibu GDM mengambil sumber kalsium lain bagi menggantikan susu. Keperluan Susu ibu hamil adalah sekitar 1000mg ke 1200mg sehari.

Teringat saya dulu waktu mengandung anak pertama, saya minum Susu materna jenama dalam iklan sebelum buat BSP. Selepas 2 jam, BSP sy masih tinggi 8. Alhamdulillah tahun ini saya ambil ESP. bila saya minum ESP, 2 jam selepas itu ambil BSP, bacaan cuma 5.5 sahaja.. Manakala kalsium saya gantikan dengan Ostematrix selain makan sumber kalsium yang lain seperti ikan bilis, keju dan lain2.

Alhamdulillah setelah hampir 5 bulan berBSP, result BSP saya semua cantik kecuali Kali pertama kerana terambil lebih makanan ketika itu. Yang lain alhamdulillah baik. HBIC iaitu bacaan gula dalam darah setiap 3 bulan saya hanya 4.7% sahaja. Semuanya dalam kawalan. Alhamdulillah.

Sebenarnya tidak susah pun untuk mengawal gula dalam darah jika kita tahu caranya. Hanya perlu tahu pengambilan gula kita seharian, inshaAllah semuanya boleh di kawal. Makanlah apa yang anda suka, tapi semuanya perlu berpada..

Sebarang pertanyaan boleh komen atau wassup saya terus. Saya boleh bantu mengikut ilmu yang saya ada. InshaAllah.

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Tuesday, August 18, 2015

Cara Pemakanan yang Betul Bagi Ibu Hamil Penghidap Kencing Manis Siri 1

Assalamualaikum, petang2 hari ni saya nak sharekan pengalaman saya sebagai ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis (GDM). Saya memang menghadapi masalah kencing manis sejak kehamilan pertama lagi. Jadi di kehamilan ke dua ni pun saya juga menghadapi masalah yang sama.

Memang setiap 2 minggu saya perlu ke klinik untuk buat ujian BSP bagi memastikan masalah kencing manis saya terkawal. Memang ujian bagi ibu hamil GDM ni kerana banyak makanan perlu di kawal kuantitinya.

Jadi saya mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri ke kelas nutrisi dengan pakar zat makanan. Daripada kelas tersebut, banyak ilmu yang saya dapati. Sebenarnya ibu hamil GDM ni bukannya tak boleh makan pelbagài makanan. Boleh, tapi kuantiti pengambilan tu haruslah betul. Jika berlebihan itulah yang menyebabkan masalah itu datang.

Baiklah, saya beri penerangan sedikit tentang cara makan ibu hamil GDM. Semua jenis karbohidrat ibu GDM boleh ambil tapi sekali ambil, kuantitinya hanyalah segenggam. Contohnya nasi, tiada masalah untuk tidak mengambil nasi beras perang atau nasi beras mahal.. Ibu hanya perlu melimitkan hanya segenggam sekali makan. Nasi ibu GDM boleh ambil hingga 3kali sehari.

Untuk pemakanan yang seimbang, nasi hanya segenggam, lebihkan sayur berserat tinggi dan juga protein serta lemak perlu juga di ambil. Pendek kata semua yang ada dalam piramid makanan perlu ambil, cuma waktu dan kuantiti kena betul.

Contohnya jika kira makan tengah hari dalam 1 pinggan, kita bahagikan pinggan kepada 4 bahagian, 1/4 pinggan atau segenggam adalah nasi. Lagi 1/4 pinggan penuhkan dengan makanan berbentuk protein seperti ikan, Tempe, ayam, sotong, udang Dan daging. Ha, untuk setengah pinggan adalah hidangan sayur-sayuran hijau.. Dan juga buah. Air kosong.

Buah perlu ambil sebelum menikmati makanan berat. Buah yang diambil juga perlu ada kuantitinya. Contohnya buat besar biji mata seperti anggur, mata kucing, langsat dan lain2, ibu GDM hanya boleh ambil 4 biji sahaja sekali ambil.
Buah seperti epal, lai, pear dan seumpamanya, ibu GDM perlukan separuh sahaja sekali ambil. Jika tembikai Dan seangkatannya, ibu GDM perlukan hanya setengah daripada potongan yang biasa jual di kalangan untuk sekali pengambilan.

Baiklah, sebenarnya banyak lagi yang ingin di kongsikan. Nantikan siri ke 2 untuk entry ini..

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...