Tuesday, August 18, 2015

Cara Pemakanan yang Betul Bagi Ibu Hamil Penghidap Kencing Manis Siri 1

Assalamualaikum, petang2 hari ni saya nak sharekan pengalaman saya sebagai ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis (GDM). Saya memang menghadapi masalah kencing manis sejak kehamilan pertama lagi. Jadi di kehamilan ke dua ni pun saya juga menghadapi masalah yang sama.

Memang setiap 2 minggu saya perlu ke klinik untuk buat ujian BSP bagi memastikan masalah kencing manis saya terkawal. Memang ujian bagi ibu hamil GDM ni kerana banyak makanan perlu di kawal kuantitinya.

Jadi saya mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri ke kelas nutrisi dengan pakar zat makanan. Daripada kelas tersebut, banyak ilmu yang saya dapati. Sebenarnya ibu hamil GDM ni bukannya tak boleh makan pelbagài makanan. Boleh, tapi kuantiti pengambilan tu haruslah betul. Jika berlebihan itulah yang menyebabkan masalah itu datang.

Baiklah, saya beri penerangan sedikit tentang cara makan ibu hamil GDM. Semua jenis karbohidrat ibu GDM boleh ambil tapi sekali ambil, kuantitinya hanyalah segenggam. Contohnya nasi, tiada masalah untuk tidak mengambil nasi beras perang atau nasi beras mahal.. Ibu hanya perlu melimitkan hanya segenggam sekali makan. Nasi ibu GDM boleh ambil hingga 3kali sehari.

Untuk pemakanan yang seimbang, nasi hanya segenggam, lebihkan sayur berserat tinggi dan juga protein serta lemak perlu juga di ambil. Pendek kata semua yang ada dalam piramid makanan perlu ambil, cuma waktu dan kuantiti kena betul.

Contohnya jika kira makan tengah hari dalam 1 pinggan, kita bahagikan pinggan kepada 4 bahagian, 1/4 pinggan atau segenggam adalah nasi. Lagi 1/4 pinggan penuhkan dengan makanan berbentuk protein seperti ikan, Tempe, ayam, sotong, udang Dan daging. Ha, untuk setengah pinggan adalah hidangan sayur-sayuran hijau.. Dan juga buah. Air kosong.

Buah perlu ambil sebelum menikmati makanan berat. Buah yang diambil juga perlu ada kuantitinya. Contohnya buat besar biji mata seperti anggur, mata kucing, langsat dan lain2, ibu GDM hanya boleh ambil 4 biji sahaja sekali ambil.
Buah seperti epal, lai, pear dan seumpamanya, ibu GDM perlukan separuh sahaja sekali ambil. Jika tembikai Dan seangkatannya, ibu GDM perlukan hanya setengah daripada potongan yang biasa jual di kalangan untuk sekali pengambilan.

Baiklah, sebenarnya banyak lagi yang ingin di kongsikan. Nantikan siri ke 2 untuk entry ini..

-Get Shaklee Today-
Hidayah
Lestari Jutawan
WAHM
0123678708
FB: Nurhidayah Musa
Email: nurshaida_87@yahoo.com.my


2 comments:

  1. Kang dah hamil nak refer sini. Hihi

    Kulit KUSAM? BERJERAWAT? TONA TAK SEKATA? Kulit tak secantik artis KOREA? Buntu dah cuba pelbagai cara? : VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK

    ReplyDelete
  2. Kencing manis semasa hamil..

    Ketulan atau benjolan pada payudara membimbangkan? IKUTI 10 CARA MENCEGAH KANSER PAYUDARA

    ReplyDelete

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...