Saturday, February 07, 2009

Membentuk Jiwa

9Jiwa manusia adalah satu elemen di dalam tubuh yg amat penting dalam membentuk diri. Jiwa berkait rapat dengan emosional, mental dan fizikal. Seperti org kata, jika sakit jiwa, pasti, mental mereka tidak dapat berfungsi dengan betul, dan setiap aktiviti fizikal tidak mendapat kawalan daripada mental, sehingga mereka yg berpenyakit spt ini tidak dapat mengawal segala tingkahnya. Ia bermula drpd emosi yg tidak mnentu.

Jadi, jiwa haruslah di bentuk dan di didik dengan betul. Dengan cara-cara yang di sarankan oleh agama islam itu sendiri. Seperti lagu opick- tombok hati/Ubat hati ada 5 perkara:

1)Baca Quran dan maknanya- Jika kt membaca Quran dengan memahami maknanya, pasti kt akan merasa ketenangan pd hati kt. Ini juga dapat mendidik jiwa kt mencari kebenaran. Banyak sekali firman ALLAH yg mampu membuatkan kt mengalirkan air mata. Dr pemahaman kita, kita mampu melihat dan memperbetulkan diri kt.
2)Solat malam - Bangun solat tengah malam atau org panggil qiammulail mmg susah hendak di lakukan. Sy sendiri pun susah hendak bangun malam. Tp ada seorg teman memberitahu, bahawa, jika kt rasa kt susah untuk bangun malam, cukuplah kt melakukan solat sunat sebelum tidur.

3)Berkumpul dengan org soleh- Ini adalah satu lg cara untuk kt mendidik kita. Org pernah berkata, siapa kawan kt, itulah kt. Tp tidak semestinya, kerana setiap manusia hendaklah berkawan dengan semua umat, dan pastikan mereka tidak terikut2 dengan perangai rakan2 mereka, itu memadai. Namun jgn sekali kt lupa untuk menasihati mereka. Tp, org tua2 ada kata, 'jika kt berkawan dengan penjual minyak wangi, kt akan dpt bau wanginya. Sekiranya kt berkawan dengan tukang besi, pasti tidak banyak, sedikit kt pasti terkena percikan apinya. cthnya, jika berkawan dengan mat rempit, walaupun kt tidak merempit pasti org akan kata kt mat rempit juga. Dan jika kt kawan dengan org baik2, org akan fikir kt org baik2 juga.

4)Puasa sunat selalu- Puasa memang sesuatu yg berat selepas sembahyang. Tetapi puasa ini mampu untuk mendidik nafsu kt. Puasa ini, membuatkan nafsu jadi lesu dan lemah. Jadi, kt akan terhindar drpd melakukan perkara2 yg menjadi dosa.

5)Zikir malam berpanjangan- banyakkan berzikir, menggantikan angan2. Zikir, dalam erti kata lain selalu mengingati ALLAH dan Rasullallah di bibir. Angan2 membawa kt ke alam yg dicipta oleh Syaitan. Sy pernah mendengar tazkirah di dalam ikim.fm, mengatakan, jika sebelum tidur, kt berzikir, sepanjang malam tidur ruh kt akan di jaga oleh malaikat drpd di ganggu oleh syaitan laknatullah. Dan jika memikirkan perkara lain, syaitan laknatullah lah yg akan menjaga ruh kt sepanjang malam. Itulah yg selalu jdnya kt bermimpi di kejar hantu dan mimpi2 yg menyebabkan kt tidak senang hati. Akibatnya tidur kt akan selalu terganggu.

Mungkin itu saja yg dpt sy kongsikan dalam tajuk ini. Dengan ilmu yg serba kekurangan, sy menasihati diri sy sendiri dan semua pembaca blog ini agar dapat membentuk jiwa kt, kerana, drpd jiwa yg bersih, akan terlahirlah sifat2 mahmudah. Jiwa yg bersih juga akan membawa kt ke syurga. ALLAH tidak memandang paras rupa. Tetapi amalan. ALLAH memandang amalan yg di lakukan dengan JIWA yang bersih dan hati yg ikhlas. Akhir Kalam, Assalamualaikum.........

3 comments:

  1. pengisian yg bgs dan memberangsagkn...
    sesuai tok sume lpsn msyrkt..
    ble jd pedoman hdp tok dak2..
    nnt klu dh gajo ko soh bdk2 bc blog ko nie..
    moga2 ade yg insaf.huhu
    aku cdgkn ko mskkn surah2 sekali n mksdnye.
    lps nie wat lak psl halal n haram...

    ReplyDelete
  2. satu lg klu ble background warna yg terang ckt
    supaya org x mengantok ble baca...

    ReplyDelete
  3. Tertarik dgn ayat ni..
    "Angan2 membawa kt ke alam yg dicipta oleh Syaitan. Sy pernah mendengar tazkirah di dalam ikim.fm, mengatakan, jika sebelum tidur, kt berzikir, sepanjang malam tidur ruh kt akan di jaga oleh malaikat drpd di ganggu oleh syaitan laknatullah. Dan jika memikirkan perkara lain, syaitan laknatullah lah yg akan menjaga ruh kt sepanjang malam."

    Tidur merupakan satu proses 'kematian' sebentar. Sebab tu penting berdoa sebelum tidur supaya pasang niat utk mati dalam Islam jika ditakdirkan dijemput Allah ketika nyenyak tidur..Satu hadis yang Nabi s.a.w anjurkan sebelum tidur ialah membaca surah 3 qul supaya terpelihara daripada ganguan syaitan

    ReplyDelete

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...