Monday, February 23, 2009

Solat vs Puasa

Bismillahirahmanirahim... Dan Assalamualaikum kepada semua pembaca blog sy ini.. Entry sy hari ini ialah, solat vs puasa.. Tajuknya mcm tak kena, ttp, selepas membaca kupasannya, pasti anda akan memahaminya...
Baiklah, solat dan puasa itu adalah satu kewajipan setiap umat islam di seluruh muka bumi ini.. Barangsiapa yg mengabaikan keduanya, bermakna, rukun islam mereka masih belum sempurna..
Antara solat dan puasa, kedua2nya cukup berat utk dilakukan.. Solat berat kerana kt harus meninggalkan perkara2 yg sedang kt lakukan sebaik sahaja mendengar seruannya.. Puasa pula berat kerana, kt harus menahan diri drpd makan dan minum yg telah menjadi satu rutin wajib kepada kita seharian.. Kedua2nya mendatangkan pahala yg besar.. Dan kedua2nya, ada ganjaran istimewa kepada mereka yg melakukannya dengan sempurna..
Namun, perbezaan antara keduanya tetap ada. Solat, wajib kt lakukan setiap hari sehinggalah, kt menghembuskan nafas yg terakhir, ttp, puasa, kt hanya wajib melakukannya sewaktu bulan Ramadhan, bermakna, hanya sebulan dalam setahun... Itu adalah satu perbezaan yg amat ketara dan semua org tahu..
Sebenarnya bukan itu yg ingin sy bicarakan di sini, tetapi, sy sebagai seorg muslim yg masih kurang dr sudut itu, terlihat sesuatu antara keduanya, yg mungkin ada yg tidak perasan.. Baiklah, pernahkah anada melihat, rakan2 anda yg beragama islam tidak solat tanpa uzur syarie' berpuasa? Pernahkan? Hmm.. itu yg menjadi persoalannya di sini..
Kenapakah, mereka puasa sedangkan mereka tidak solat? Adakah pd pandangan mereka solat itu tidak wajib ttp puasa itu wajib? Bukankah keduanya wajib? Kenapakah mereka hanya melakukan salah satu drpdnya? Pelik bukan..
Sy ada mendengar ceramah drpd beberapa org ustaz dan pakar motivasi ttg persoalan ini.. Jadi di ruangan ini, sy ingin kongsikan bersama kata2 mereka.. Kenapa, mereka ini, menjalankan ibadah puasa, walaupun mereka tidak solat?
Baiklah, org berkata, melentur buluh biarlah dr rebungnya.. Scr kasar yg kt nampak sewaktu kt kecil.. Kewajipan mana yg jika kt lakukan akan mendapat upah drpd ibu dan ayah kt? Puasa bukan? Lihat di sini.. Sewaktu kecil jika ayah atau ibu menyuruh kt solat, pernahkah mereka mengatakan, cthnya 'adik, kalo adik solat cukup lima waktu sehari semalam hari ni, ayah akan bagi adik rm5' Pernah? Sy pasti ramai yg akan menjawab tidak pernah...
Tetapi, cuba kt lihat pd bulan puasa.. Belum masuk bulan Ramadhan lg, ibu dan ayah sudah berpesan kepada anak2 mereka yg kecil.. 'Adik, tahun ni, kalau sehari adik puasa penuh, ayah akan bagi adik RM1.. Jadi, kalau 30 hari adik puasa penuh ayah akan beri RM30..' Nah, di sini sahaja kita sudah dpt melihat sbb2 terjadinya gejala ini.. Dan, bila mereka sudah besar, mereka blh berfikir, dl ayah mereka memberi ganjaran pd mereka, kerana, nak menunjukkan pd mereka betapa pentingnya puasa utk umat islam..
Ibu bapa pandai bermain dengan psikology utk mendidik anak2 mereka berpuasa, namun, kenapa tidak mereka didik anak2 mereka seperti itu juga untuk solat? Alasannya, puasa sebulan shj, ttp solat, hari2..
Itu semua alasan, sbnarnya, bukan susah utk bermain dgn psikology menyuruh anak2 solat.. Sy tertarik dengan cara seorg pakcik sy mendidik anaknya yg masih kecil solat.. Dia berkata pd anaknya, kalau, sehari ini, adik tinggal satu sembahyang, ayah akan potong duit belanja adik dua puluh sen.. Andai kata, belanja si anak RM1 sehari kalau di tolak dua puluh sen pasti akan tinggal lapan puluh sen..
Jd anaknya, tetap bersolat, kerana takut kehilangan wang itu.. Ada suatu hari anak pakcik ini, yg br berusia 7 tahun, kerana terlalu gembira berjumpa sepupu di kampung telah meninggalkan kelima2 waktu solatnya.. Si anak mahu minta duit belanjanya utk hari itu.. SI ayah bertanya, adik sembahyang penuh tak hari ini? Pd mulanya si anak tak mahu mengaku yg seharian dia tidak bersolat, ayah kata, kalau adik nak duit belanja, baik adik mengaku.. Akhirnya, si anak mengaku yg dia langsung tidak mengerjakan solat utk hari itu.. Lalu dgn lembut si ayah berkata, kalau nak duit belanja, pergi qado' semua solat2 adik tu.. Solat balik subuh, zohor, asar, maghrib n isyak.. Dengan segera anaknya itu menjalankannya, dan dia mendpt habuannya itu.. Dan apabila besar anaknya itu, walaupun tidak lg menerima habuan drpd bapanya, dia sudah thu tanggungjawabnya sendiri.. Menarikkan..
Hmm, jd, kt yg akan menjd ibu bapa akan dtg haruslah bijak memainkan peranan kt utk mendidik anak2, spy, kt tak akan jumpa lg insan2 yg hanya melakukan ibadah puasa tetapi tidak bersoalt.. Solat itu adalah tiang, andai hilang satu tiang rumah itu, maka runtuhlah seluruhnya..
Tp, ada juga yg mempersoalkan, ibu bapa tlh memainkan peranan mereka ttp anak2 maasih tidak menjalankan tanggungjawab mereka... Masalah itu, adalah masalah hati individu itu sendiri.. Mereka harus mengubati hati mereka sendiri untuk itu..
Sy rasa setakat itu shjlah biacara sy utk hari ini..
Akhir kalam, maaf anadai ada yg terasa.. Sy mohon maaf.. ASSALAMUALAIKUM....

0 comments:

Post a Comment

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...