Bissmilillah pembuka bicara..
Assalamualaikum tanda ukhuwah islamiah antara kt..
Mungkin anda semua teruja membaca tajuk blog sy ni kan.. Apa sebenarnya pengisian tajuk ini? Adakah sy mahu memberikan tips2 untuk mereka yg masih lg single yg mencari cinta sejati drpd sorg insan bernama kekasih.. Atau mungkin sy ingin memberi tips2 untuk mengorat.. hmm.. mungkin jg telahan anda benar, tp, cinta yg sy maksudkan di sini ialah cinta pd Illahi, Rasul, ibu bapa, sahabat dan lain2..
Manusia selalu mengaitkan cinta itu dengan cinta pd manusia, iaitu cinta antara lelaki dan perempuan. Tetapi sebenarnya cinta itu universal.. Bkn tertakluk pd cinta antara lelaki dan perempuan shj, tetapi cinta ini adalah dalam pelbagai aspek, cthnya kekeluargaan, persahabatan, ibadah dan lain2 lg..
Org selalu kt, yg mereka blh hidup tanpa cinta. Benarkah kata2 mereka itu? Persoalannya di sini, jika mereka blh hidup tanpa cinta, bagaimana, mereka blh ada di dunia yg fana ini? Semuanya kerana cinta bukan?
ALLAH menjadikan manusia di muka bumi ini, untuk manusia mengabdikan diri pdNya, sebagai balasan Rahman dan Rahim yg ALLAH berikan pd manusia. Apa itu Rahman dan Rahim? Rahman, ialah pemurah dan rahim penyayang. Penyayang itu sudah cukup membuktikan cinta, antara makhluk dan Penciptanya.
Seterusnya, jika masih lg ada yg menolak cinta, bukti kedua sy ingin tunjukkan ialah, cinta ibu bapa kt kpd kt, jika mereka tidak cinta pd kt, pasti anda semua sudah di temui di dalam tong2 sampah, longkang2, semak dan tempat yg tak sepatutnya anda di tempatkan. Tetapi, anda lihat sendiri pd diri anda kini, yg sudah menjadi manusia berguna, bukan itu semua hasil drpd sebuah cinta? cinta drpd ibu dan bapa...
Cinta sahabat juga penting. Sahabat adalah org yg dekat dengan kt selepas keluarga kt. Bersama sahabat kt berkongsi suka dan duka. Sahabat sejati dan penyayang akan membawa kt kpd kebahagiaan.
Tetapi sering diingat, cintakan bunga, bungakan layu, cintakan manusia, manusiakan mati, cintakan dunia, duniakan hancur, cintakan harta, hartakan lenyap, cintakan ilmu, amal selalu, cintakan ALLAH, kekal abadi..
Cinta ALLAH shj yg benar dan tidak ada keraguan lg.. Kerana, ALLAH senantiasa bersama kt di mana sahaja kt berada 'ALLAH adalah sebaik2 pelindung'... itu bukti cinta ALLAH yg hakiki...
Akhir kalam, cinta itu, indah.. dan adillah pd cinta.. dengan meletakkannya pd tempat yg sesuai dan berikanlah pd yg berhak..
ASSALAMUALAIKUM.
Monday, February 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.