Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum kepada semua pembaca blog sy ini.
Hmm, sudah hampir seminggu rasanya sy tidah menaip di dada blog ini. Rasa rindu menyuruh2 sy buka sebentar untuk menaip juga walau sedikit.
Bukan apa, dalam masa seminggu itu, sy sibuk menyiapkan proposal untuk thesis sy nanti. Maklumlah, sy pelajar tahun akhir, jd sudah menjadi satu kewajipan kepada semua pelajar tahun akhir untuk menyiapkan thesis mereka.
Hmm, tajuk sy hari ini ialah sibuk bkn penghalang. Hmm, mungkin anda semua tertanya2 apa motifnya sy memilih tajuk ini sebagai tajuk blog sy untuk kali ini. Sebenarnya, tajuk sy ini sj sy pilih selepas sy melihat dan mengobserve(bahasa campur), sekeliling sy.
Sibuk bukan penghalang ini adalah significant dengan segelintir masyarakat kt di Malaysia yg selalu menjadikan sibuk itu sebagai satu alasan untuk mereka melakukan sesuatu seharusnya mereka lakukan. Contohnya di sini, ialah solat. Seperti yg kt tahu, solat tiang agama. Jika rumah tanpa tiang apa akan td?Anda sendiri blh menjawabnyakan..
Masyarakat kt selalu menjadikan alasan sibuk dan tiada masa sebagai alasan untuk mereka meninggalkan dan melengah2kan solat. Sy menulis blog ini, bkn mahu menuding jari kepada sesiapa tetapi, drpd diri sendiri juga, yg sering melengah2kan waktu solat.
Bagi mengingatkan semua pembaca dan diri sy sendiri, sy ingin berkongsi sebuah cerita yg mungkin anda semua sudah mendengarnya, terlupa dan mungkin belum langsung pernah mendengar cerita ini. Diharap kisah ini, dapat menjadi pengajaran kepada kita semua.
Sy ambil kisah ini, drpd buku hadith peninggalan arwah ayah sy yg bertajuk fadhilat solat. Di dalamnya termaktub sebuah kisah yg terjadi di zaman Rasullallah, begini kisahnya..
Suatu hari, ada seorg wanita meninggal dunia, Adik lelaki arwah datanglah ke perkuburan untuk menguruskan pengebumian jenazah kakaknya itu. Selesai upacara pengebumian, adiknya pulang ke rumah, dan dia tersedar bahawa dompetnya hilang. Apbila dia cuba mengingati di mana diletaknya dompet itu, dia terasa bahawa dompetnya itu termasuk di dalam liang lahad kakaknya itu. Pemuda itu, menantikan malam untuk pergi menggali dan mendapatkan semula dompetnya itu..
Pd malam harinya dengan berhati2 pemuda itu menggali semula kubur kakaknya, di dapatinya, keluar api yg menyala2 drpd liang lahadnya.. Pemuda itu beristigfar. Melihat kejadian itu, pemuda itu bergegas pulang ke rumah, lalu menceritakan apa yg dilihatnya kepada ibunya. Pemuda itu bertanya kalau2 ada kesalahan kakaknya di dunia ini yg dia tidak ketahuinya.
Ibu pemuda itu menceritakan bahawa kakaknya selalu melengah2kan solat sehingga luput waktunya. Pemuda itu akhirnya mengerti kenapa azab seperti itu, di kenakan kepada kakaknya. Dia bristigfar dan berdoa agar dosa kakaknya di ampunkan..
Drpd kisah ini, dpt kt satu pengajaran bahawa sesiapa yg melengah2kan waktu solat apatah lagi meninggalkannya, akan mendapat azab yg pedih drpd ALLAH TAALA.
Drpd kisah ini, marilah kt selepas ini bersama2 menyempurnakan solat di awal waktu dan berubah drpd meninggalkan solat kepada memenuhi tuntutan 5 waktu itu agar kt bebas drpd azab ALLAH yg amat pedih itu..
Jgn jdkan sibuk sbg alasan untuk kt melengah2kan solat kt sehingga kt akhirnya meninggalkannya. Kerana, kadang kala, kt bknnya sibut sgt, tetapi kt lebih mengejar rancangan televisyen yg menarik sehingga kt lalai, lalu meninggalkan solat kt dengan sengaja..
Nauzubillahiminzalik..
Akhir kalam, sy menasihati diri sy dan yg lain, agar menjaga kewajipan lima waktu kt agar kt tak terjerumus didalam azab ALLAH yg amat mengerikan..
ASSALAMUALAIKUM..
Friday, February 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu pesanan yang mendidik jiwa..kita sebenarnya telah di tipu syaitan dgn kesibukan, padahal kita sebenarnya yang menyibukkan diri kita..kita sering menolak utk mengikuti prgm2 yg boleh mendekatkan diri kpd Allah dgn alasan byk urusan yg hendak di selesaikan, padahal kebnyakan masa kita terbuang begitu sahaja kpd perkara2 yang tidak perlu..Kesibukan dunia jgn sampai melupakan tujuan asal kita utk sampai destinasi akhir iaitu negeri akhirat..tak salah mencari bahagian di dunia, tapi jgn sampai kita memudahkan urusan akhirat. Begitu jugalah sebaliknya..”Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagian kamu di dunia…” (al-qasas:77). Wallahua’lam
ReplyDeletepandangan yang bernas....
ReplyDeleteentry kak mmg matang~
ReplyDeletesy suke..
inshaAllah
m0ga dipermudahkn segala urusan kak