Bismillahirahmanirahim....
Asslamualaikum..
Tajuk hari ini ialah jiwa remaja. Sy tahu ramai drpd blogger adalah remaja bukan. Sy sendiri pun seorg remaja. Seperti yg kita tahu, jiwa remaja selalunya memberontak ingin mencuba sesuatu yg baru, ingin melalukan sesuatu yg dilarang dan mcm2 lg, sehinggakan, semua keinginan mereka menjadi mslh kepada org lain, serta memalukan org tua mereka.
Jiwa remaja ini sgt halus, org kata remaja perlu dididik seperti menarik rambut di dalam tepung, jgn sampai rambut terputus, dan tepung jgn sampai bertabur. Susahkan. Biasanya remaja yg selalu memberontak ini di sekitar umur mereka 12 sehingga 18 tahun. Di waktu ini, mereka mengalami kekeliruan pd diri akibat drpd perubahan fizikal dan hormon. Wah mcm ahli sains pula sy ni.. hahaha.. Di waktu begini, individu di sekeliling remaja haruslah memainkan peranan untuk memimpin mereka ke arah jalan yg mana harus mereka ikut dan tidak.
Oleh sebab itu, mereka haruslah di berikan pendedahan agama yg secukupnya agar mereka tidak terjerumus ke kancah yg tak bermoral. Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik jiwa remaja yg sedang keliru. Ibu bapa hendaklah bertindak seperti kawan. Di usia ini, hukuman bukan lg cara untuk mendidik mereka, tetapi duduk bersama dan berbincang adalah jalan penyelesaiannya. Jadi, ibu bapa haruslah selalu memantau anak2 remaja mereka, dan bertindak seperti seorg kawan kepada ank remaja mereka serta berkongsi segalanya kepada mereka.
Remaja itu sendiri juga harus memainkan peranan untuk diri mereka sendiri. Remaja haruslah pandai memilih kawan, agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Remaja juga jgn mudah terperdaya dengan pujukan, hasutan dan cabaran rakan2 yg blh menyebabkan dr sendiri binasa kerana, ianya satu dosa jika kt menyebabkan diri kt merana.
Jadi, sy seru kepada semua, remaja, ibu bapa dan masyarakat, sama2lah kita bersama2 membimbing remaja kita hari ini drpd terjerumus dengan gejala2 sosial yg merosakkan, kerana, remaja kita hari ini adalah asset kepada negara. Merekalah bakal pemerintah kt, bakal pendidik kepada anak2 bangsa, bakal merawat kt apabila sakit, bakal membantu kita apabila kecurian, bakal mempertahankan negara drpd serangan musuh dan byk lg.
Kepada remaja, jdlah remaja yg berguna, kepada agama, bangsa dan negara, serta banggakanlah ibu bapamu dengan kejayaan, dan jgnlah menconteng muka mereka dengan perkara yg memalukan.
assalamualaikum..
Saturday, February 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.