Friday, November 21, 2014

Senda Malam.. Biskut Itu Milik Siapa?

Alhamdulillah harini family dari Kedah datang.. Seronok sangat rasanya.. Murah rezeki.. hehe..

Oklah petang ni saya sharekan satu kisah lawak yang boleh menjadi pengajaran buat kita semua.. Jom baca..

Di tengah-tengah balai perlepasan terbang, seorang lelaki berbadan sederhana sedang duduk di kerusi menunggu masa untuk terbang.

Penerbangannya di jangka akan berlepas lebih kurang 45minit lagi.  Di sebelahnya ada seorang wanita asing, yang sedang melayari internet menerusi smartphonenya.

Lelakj tersebut meneruskan pembacaannya. Tangannya mengambil biskut yang di letakkan di sisinya dan terus mengunyahnya. Ketika dia mahu mengambil biskutnya lagi, dia terkejut apabila terpandang tangan wanita itu juga mencapai biskut tersebut. 

"Eh, kenapa dia mengambil biskut ku? Sudahlah tidak meminta izin daripadaku.. " lelaki itu berkata dalam hati dan bersangka pada wanita asing itu.

Pembacaannya semakin terganggu apabila melihat tangan wanita tersebut semakin lancar mengambil biskut tersebut. Sehingga tinggal separuh sahaja biskutnya.

"Amboi, tangan kanan pegang smartphone, tangan kiri pegang biskut aku. Sedap dia aje!" Getus lelaki itu di dalam hati. Dia cukup marah dengan keadaan tersebut.

Kini biskut tinggal sekeping sahaja. Lelaki dan wanita itu saling bertentangan mata. Masing-masing tertanya-tanya siapa punya bahagian yang terakhir itu?

Spontan wanita tersebut mengambil kepingan terakhir biskut tersebut dengan pantas. Lelaki itu melopong. Tiba-tiba, wanita itu mematahkan biskut tersebut kepada dua bahagian dan menghulurkan sebahagian kepada lelaki tersebut. Tanpa senyuman lelaki itu mengambil bahagiannya.

Apabila pengumuman berkumandang memanggil para penumpang masuk ke balai perlepasan, lelaki itu mencapai begnya. Sebelum itu dia membuka beg tersebut mengambil baju sejuknya.

Alangkah terkejutnya apabila mendapati bahawa biskutnya masih ada di dalam beg..

Rupanya dia sudah tersalah sangka bahawa, biskut tadi sebenarnya adalah milik wanita itu..

Pengajaran, kesalahan orang lain sentiasa kita nampak, tetapi kesalahan diri sendiri tidak di sedari.. hahaha

Petikan daripada: Majalah Solusi.


0 comments:

Post a Comment

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...