Sunday, November 09, 2014

Resipi Fluffy Buttermilk Pancake - Memang Sedap..

Assalamualaikum dan selamat petang semua,

Apa kabar semua? sihat? harap semuanya sihat-sihat dan bahagia belaka.. Aamin inshaALLAH..
Terfikir-fikir nak buat apa untuk minum petang? Ha, apa kata anda semua cuba buat pancake yang super duper lembut.. hehe.. Pagi tadi saya buat, memang Adam dan suami suka sangat.. Siap suami cakap boleh jual lagi.. Hehe. Alhamdulillah.. Nak tahu apa resipinya? Jom check it out..



Bahan-bahannya:-

Bahan Buttermilk (saya buat sendiri)
1cawan Susu segar/susu sejat
1sudu besar cuka
campurkan keduanya, dan pukul dgn pemukul  dengan kadar cepat k.. dah pukul, rehatkan dia dalam 10 minit.

Bahan B:
1 Cawan tepung gandum
2sudu besar margerin/mentega - cairkan
2sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh baking powder
1/4sudu teh baking soda
sebiji telur
secubit garam
sedikit asen vanilla.

Masukkan semua bahan-bahan B dalam bekas, dan masukkan sekali buttermilk.. kacau semua bahan menjadi satu.. Rehatkan adunan selama 5 minit. Sementara tu boleh la panaskan kuali or pan anda ek. Tak perlu minyak..

Masukkan 1 senduk kecil adunan pancake kedalam Pan. Biarkan berbuih, kemudia balikkan sebelah satu lagi.. kemudian siap.. Boleh la makan.. Memang sgt2 lembut ok.. Sedap di makan bergitu sahaja atau pun nak cicah ngan madu ke, mentega ke, atau apa-apa lah.. memang terbaik..

Selamat mencuba..

Masak-masak

super duper lembut

Jom makan.


0 comments:

Post a Comment

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...