Monday, November 24, 2014

7 Elemen Yang Anda Perlu Tahu Tentang B Complex.. Vitamin Stress Anda..

Hari ini pula, saya nak bercerita mengenai satu vitamin yang biasa di ambil oleh wanita yang merancang untuk hamil, yang hamil dan yang baru bersalin iaitu B complex. Sebenarnya b complex ni bukan sahaja sesuai untuk mengandung sahaja tetapi ianya juga mempunyai fungsi lain untuk badan.. Nak tahu apa dia? Jom baca..

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

7 kretiria B complex Shaklee

1- FUNGSI @ KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

2- Siapa Yang perlukan?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang:-

· Terdedah kepada sinaran matahari
· Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
· Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
· Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
· Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
· Mereka yang nak nampak cantik dan muda
· Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
· Wanita yang mengambil pil perancang

Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex...

3- Perbezaan Shaklee

~ Bio-availability(kebolehserapan) yg tinggi - ini kerana asid folik yg semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, 99% asid folik yg terdapat dalam pasaran bersifat sintetik

~ Berkualiti - mengandungi 8 komponen penting vitamin B, 100% biotin & asid folik. Semua vitamin B ini perlu ada dalam B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Manfaat utama:

1. Menukar makanan kpd tenaga
2. Melawan tekanan
3. Membantu tumbesaran
4. Mengatasi masalah rambut beruban & gugur
5. Baik untuk mata
6. Mencegah anemia
7. Meredakan senggugut
8. Mencegah mulut merekah, jangkitan lidah & mulut berbau
9. Detoksifikasi

4- Simptom kekurangan

~ Depresi
~ Murung
~ Insomnia
~ Kurang selera makan
~ Sembelit
~ Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
~ Kurang konsentrasi
~ Mudah tersinggung
~ Melemahkan sistem saraf
~ Mengganggu fungsi otak
~ Pembentukan abnormal sel.
~ Kurang konsentrasi

5- Sumber makanan

Di antara sumber makanan yang kaya dengan B-Complex adalah hati,limpa dan jantung. Malangnya ramai yang menghindar mengambilnya kerana takut masalah kolestrol. Maka perlu diganti dengan pemakanan tambahan

6- Dos Pengambilan

1 Biji sehari selepas makan

7- Panduan Memilih

BAGAIMANA MEMILIH B-COMPLEX YANG BAIK

Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain-release)

**********************

Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?

Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.


0 comments:

Post a Comment

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...