Wednesday, September 24, 2014

TIPS Menjemput Rezeki - Senyum


 Selamat berjumpa kembali, Kali ni nak share sikit sesuatu yang pernah saya sharekan die Page saya dulu, Page https://www.facebook.com/PakarDiabetes .. kire ni ala-ala THROWBACK lakan.. Jom Baca..


'Assalamualaikum sahabat semua.. harap semuanya bahagia bersama keluarga tersayang.

Pagi ni sambil online untuk study tentang produk, saya sajalah buka tv3 sebagai peneman. Bukan tengok sangat. Tetapi Alhamdulillah dapat sesuatu yang menarik hari ini. Ada racangan Positif Pagi. Tajuk senyum 4 simetri. Penceramah dia adalah Dr Azizan Osman.

Cerita tentang senyum. Salah satu cara menarik rezeki ialah senyum. Lebih banyak kita senyum, lebih banyak orang suka dengan kita, akan menarik aura2 positive dalam hidup dan timbul banyak kasih sayang dekat dengan kita.

Jadi siapa2 susah nak senyum jom pakat2 cuba cara ni.. ha, siapa yang tengah baca post ni buat ya.

Ok semua yang membaca tutup mata masing2. Jangan mengelat ya. Hehe.. baiklah, dah tutup mata semuakan. Mula2 tarik nafas anda dalam2, tahan 3 saat kemudian lepas ye. Baiklah sekarang ini cuba anda bayangkan apa perkara yang anda boleh syukur untuk hari ini? Apa perkara yang boleh membuat anda rasa seronok hari ini.. syukur anda masih hidup, syukur anda mungkin mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu ayah yang penyayang, anak2 yang comel, suami yang penyayang, rezeki yang murah dan banyak lagi.. sambil fikirkan itu pastikan anda senyum dan sebut Alhamdulillah. Kemudian anda buka mata.. Nah anda sudah tersenyum.

Menarikkan, jom ubah diri untuk terus tersenyum kerana senyuman mampu menarik rezeki, kasih sayang, fikiran positive dan aura positive diri kita.

Jom semua ramai2 tersenyum. Senyumkan satu sedekah. Ha, hari ini hari Jumaat, saya hadiahkan 1000x senyuman manis untuk anda semua.

Syukur saya kerana anda semua membaca post saya ini. Syukur saya kerana dapat membantu anda semua, syukur saya jika anda membeli dengan saya.. hahaha.

Salam Jumaat dan Salam seribu senyuman..'


Menarikkan.. Jom Amalkan.. Senyum.. Tak perlu kata APA-APA..

0 comments:

Post a Comment

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...