Wednesday, February 18, 2009

Masih adakah lg manusia mencintai sesama manusia kerana ALLAH?

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum...
Lama sudah rasanya, sy tidak menulis di blog ini kan.. ini semua kerana sy begitu minggu ini dengan presentation subject issues in finance dan personal finance.. serta test portfolio yg turut berlangsung pd minggu ini.. Kepadatan jadual, dan komitmen lain, adalah faktor sudah lama sy tidak mencoretkan kata di blog ini.. Rindu sungguh tangan ini menaip di dada blog ini..
Tajuk yg sy pilih kali ini, adalah significant drpd blog seorang kawan yg menulis ttg 'uhibbuka lillah'. Di dalam blognya, kt hendaklah mencintai sesama manusia kerana ALLAH.. Sy 100% setuju dengan kata2nya.. Cinta yg hadir kerana ALLAH adalah cinta yg sentiasa di berkati oleh ALLAH...
Namun, persoalannya ialah, masih adakah di zaman ini, manusia mencintai sesama manusia kerana ALLAH? Mmg tidak di nafikan masih ada manusia mencintai sesama manusia kerana ALLAH.. Namun, kuantitinya amatlah sedikit... Kebanyakan mereka mencintai sesama mereka kerana mengikut hawa nafsu, seperti yg kawan sy perkatakan di dalam blognya..
Mengapa sy berkata begitu? Apakah bukti yg menunjukkan seseorg itu mencintai sesama mereka bukan kerana ALLAH?
Antara bukti2nya ialah:-
  1. Manusia yg mencintai sesama mereka kerana ALLAH, pasti akan menjaga setiap pergerakan mereka kerana mereka percaya dan yakin bahawa setiap pergerakan dan perlakuan mereka di perhatikan dan ada pembalasannya.. Bg mereka yg mencintai manusia bkn kerana ALLAH pula, kt dpt lihat pd masa kini, kebanyakan mereka yg bercinta, mereka sgt tidak menjg tingkah dan perlakuan mereka.. Contohnya, pasangan yg bercinta tanpa nikah kini, dengan beraninya menyentuh pasangan mereka tanpa merasa sekelumit dosa.. Bagi mereka, sentuhan dan belaian itu, akan mengeratkan lg cinta antara mereka.. Perlakuan ini shj sudah menunjukkan mereka mencintai sesama mereka bkn kerana ALLAH tetapi kerana nafsu..
  2. Manusia yg mencintai sesama manusia kerana ALLAH, tidak akan berasa keluh kesah apabila, pasangan mereka meninggalkan mereka.. Ini kerana, mereka begitu yakin bhw, hanya ALLAH shjlah pencinta yg setia pd hambanya, dan pastinya dengan cinta ALLAH itu, dia akan mendapat cinta yg lebih baik drpd cinta sebelumnya..( redha).. Namun, berlainan pula kepada mereka yg mencintai sesama manusia bukan kerana ALLAH, apabila mereka putus cinta umpamanya, mereka, akan merasa sungguh sedih dan sanggup melakukan perbuatan yg di laknat ALLAH, spt membunuh diri.. Kt lihat shj kini, berapa banyak cubaan membunuh diri kerana mereka putus cinta? Banyak bukan.... Adakah itu, sesuatu perkara yg bodoh, sedangkan kt tahu, setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Ada satu kata2 yg sy pinjam dr seorg pujangga, ALLAH sengaja mendatangkan kt kepada org yg salah untuk kt lebih memperbaiki dr kita untuk kt persembahkan kepada jodoh kt yg sebenarnya..
  3. Selain itu, jika manusia itu mencintai sesama mereka kerana ALLAH, pastinya mereka akan sentiasa menjalinkan hubungan baik sesama mereka, tidak akan bertelingkah ttg perkara kecil tetapi, berbincang, tidak akan cuba menjatuhkan sesama mereka tetapi brganding bahu untuk sama2 berjaya.. Namun berlainan pula kepada manusia yg mencintai sesama mereka bkn kerana ALLAH, mereka, pasti akan bertelingkah sesama mereka jika ada pendapat masing2 tidak kena pd hati masing2.. Dan, mereka juga akan berusaha menjatuhkan teman mereka jika teman mereka lebih berjaya drpd mereka.. Contonya, kt dpt lihat kini, ramai yg mengatakan yg mereka mencintai saudara mereka atas nama islam yakni atas nama ALLAH... Namun, mari kt lihat, berapa ramai yg benar2 mengaplikasikan cinta itu.. Seperti yg kt dpt lihat kini, negara palestin kini di serang oleh israel laknatullah, kt kata kt membenci israel dan memberi sebanyak bantuan kpd palestin, ttp, pd masa yg sama, kt masih lg menyumbangkan dana kepada bangsa yahudi itu.. Adakah itu buktinya kt mencintai semasa kt kerana ALLAH?

Itu shjlah bukti yg dpt sy berikan di rungan ini.. Sebenarnya, banyak lg bukti yg jelas dan nyata, namun, hanya 3 shj yg dpt sy kongsikan di kala ini.. Mulai saat ini, sy menasihati diri sy sendiri dan lain2 untuk memperbetulkan kembali niat kt , kenapa kt mencintai seseorang itu.. ingat, bukan kerana harta atau paras rupa atau nafsu, ttp kerana ALLAH.. Kerana cinta yg di tunjangi oleh cinta kepada ALLAH pasti akan berakhir dengan kebahagiaan di akhirat kelak..

Akhirul kalam, sy ingin berkongsi sebuah doa..

'Ya ALLAH seandainya Engkau mahu menghadirkan cinta buatku, biarlah cinta itu keranaMU.. dan seandai cinta itu membawaku jauh drpdMU dan kerana nafsu semata2, maka jauhkanlah cinta itu drpdku, agar aku tidak terpesong dr jalanMU..'

SEKIAN.. ASSALAMUALAIKUM...


5 comments:

  1. wah3x... pandainyer die!!!:)
    btw...sy suke blog awk ni.. penuh dgn nasihat n motivasi.. byk2kn la lg yer? blh sy bce puas2..hehehe. hmm...sy suke sume topic yg awk bincangkn dlm blog ni.. well done dear.. jge diri.. assalamualaikum

    ReplyDelete
  2. pandang lah ciptaan Allah dengan mata hati..kerana hati yang bersih mampu menyingkap kebenaran sunnatullah lebih hebat daripada mata sebenar yang kadang2 menipu diri sendiri..

    ReplyDelete
  3. Satu kupasan yang baik..3 point yang menyingkap persoalan cinta kpd Allah dengan gaya bahasa yang mudah difahami..sgt bersetuju dengan point # 3; itulah yg sebenarnya dinamakan ukhuwwah fillah. Asas Islam kedua terpenting selepas ikatan aqidah adalah ikatan persaudaraan. Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya orang2 mu'min itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" al-Hujurat:10. Juga hadis Nabi s.a.w yg berbunyi "man lam yahtam bi amril muslimin falaisa min hum" maksudnya: "Barangsiapa yg tidak mengambil berat hal ehwal muslimin, bukanlah dari kalangan mereka". Antara bukti bahawa kita mencintai saudara seislam kita kerana Allah adalah dgn sentiasa peka dgn apa yg berlaku kpd mereka. Khususnya umat Islam di palestin. Link dibawah ini adalah salah satu site yg paling boleh dipercayai ttg info paletin . http://www.palestine-info.co.uk/en/default.aspx
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  4. Nak tambah skit berkenaan point # 1.Tiba2 teringat pesanan seorang ustaz yg maybe bole dijadikan panduan di dalam hubungan lelaki & wanita yg bukan mahram di dlm blognya. http://satuperkongsian.wordpress.com/2008/05/05/pernal-kenal-sebelum-berkahwin/
    Maybe bole dijadikan rujukan kepada kita semua. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. Waaa.. tahniah kak.. hee.. yg nie best..

    ReplyDelete

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...