Tuesday, November 18, 2014

Vitamin Untuk Cantik. Apa Fungsinya Pada Badan Anda..Anda Perlu Tahu Ini..



Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua, 



Diharap semuanya sihat-sihat belaka dan sentiasa di bawah kerahmatan Illahi.. Pagi ini, saya ingin berkongsi tentang Vitamin untuk kecantikan anda. Seharian kita semua mencari alternative nak cantikkan. Ramai yang menggunakan skincare untuk membantu mereka untuk cantik, namun masih tidak berhasil mendapatkan kulit yang diimpikan. Mungkin anda perlu cuba untuk "merawat" masalah kulit anda dari dalam terlebih dahulu. Tahukah anda?

Shaklee turut menawarkan rangkaian vitamin untuk kecantikan kulit. Set ini terdiri daripada Family Wellness Set (Vita-Lea + Vita-C + B-Complex + ESP) + Vita-E + GLA Complex + CarotoMax. Ini merupakan full package yang paling optimum, namun anda boleh mix and match mengikut keperluan dan budget anda. Mari kita lihat bagaimana vitamin-vitamin di atas boleh membantu kecantikan kulit anda.

Vita-C merupakan vitamin wajib untuk kecantikan kulit kerana ia membantu merangsang pembentukan kolagen yang bertanggungjawab mengekalkan kelembapan dan kegebuan kulit. Ia juga merupakan antioksidan yang kuat untuk melindungi kulit dari kesan pencemaran, UV dan diet yang tidak sihat. Selain itu Vita-C membantu memudarkan kesan parut, mengurangkan kesan sunburn, mencerahkan kulit dan menghalang pigmentasi kulit.


B-Complex juga vitamin wajib untuk kecantikan kulit. Setiap jenis vitamin B dalam B-Complex mempunyai peranan tersendiri dalam kecantikan kulit. Perlu diingat, B-Complex merupakan vitamin anti-stress yang mana stress merupakan salah satu faktor masalah kulit seperti berjerawat. B-Complex terkenal dengan fungsinya yang mampu mencegah jerawat dan menggalakkan kesihatan kulit secara keseluruhan.


Vita-Lea pula mengandungi rangkaian vitamin yang lengkap daripadaa semua vitamin. Tahukah anda kunci utama untuk kulit sihat adalah diet yang seimbang yang memenuhi semua keperluan vitamin untuk badan. Namun kaedah pemprosesan makanan, pencemaran, diet yang tidak seimbang, dan sebagainya menghalang kita untuk mendapat keperluan tersebut. Antara vitamin yang penting untuk kulit adalah vitamin A, D, K dan zinc. Semua vitamin ini dapat anda perolehi daripada Vita-Lea.


Vita-E Complex pula terkenal sebagai anti-aging vitamin. Ia mampu mengurangkan kesan kedutan pada wajah, meningkatkan kelembapan dan kegebuan wajah dan mampu mencegah penyakit kulit kerana ia merupakan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kulit.


GLA Complex pula membantu memperbetulkan sistem hormon wanita. Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan masalah pada kulit. Ia juga mampu mencegah masalah eczema.


CarotoMax adalah supplement antioksida istimewa keluaran Shaklee. Ia dapat menggalakan kesihatan kulit dan meredakan penyakit kulit termasuk ulser kulit, kudis dan jerawat. Ia juga membantu menjaga kecantikan mata yang merupakan antara tarikan penting selain kulit wajah. Mata yang sihat bersinar, sihat, tiada eyebag dan kesan hitam di bawah mata akan melengkapkan kecantikan wajah anda.


And as usual, ESP - protein drink yang hebat untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak. Tisu kulit yang rosak boleh menyebabkan kesan parut yang gelap dan pigmentasi. ESP membantu menggantikan tisu yang rosak kepada tisu yang baru.
  
Ingin dapatkan semua rangkaian set kecantikan shaklee? Saya boleh membantu anda, Saya SID kawasan Manjung, Lumut dan Sitiawan Perak. Saya juga boleh poskan ke rumah dan juga tempat anda. 
Nurhidayah Musa
0123678708
SID NO: 1134982


Tuesday, November 11, 2014

Resipi Stew Daging.. Boleh Di jadikan Hidangan Makan Malam Anda..

Assalamualaikum semua..
stew Daging

Dah masak makanan untuk makan malam? Tak tahu nak mkn apa malam ni? Diet tapi lapar? cari makanan yang menyelerakan? Jom, harini saya nak share 1 resipi untuk pembaca semua. Saya nak share resipi Stew daging.. Stew ni bukan sahaja sedap di makan dengan nasi panas, tapi mat2 saller over the sea ni biasanya makan dengan roti tau atau pun ratah begitu sahaja.. hehe..

Nak tahu resipinya? Lets check it out..

Resipi stew daging/kambing/ayam
Bahan hirisan:-
3ulasBwg putih
3 biji Bwg kecik
3inch Halia
Setangkai cili merah

Daging/kambing/ayam
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kentang ptg dadu
Btg celery ptg2
Carrot potong dadu
Tomato hiris
Daun Bay
Oregano
Black paper
1 sudu besar tepung jagung
Air 2-3gelas..
Garam

Tumis bahan hirisan sampai wangi, mskkan daging/kambing/ayam dan kentang.. biar sampai separuh msk, pastu mskkan air.. dah tu mskkan sedikit sos tiram dlm 1sudu.. lbhkan sos tomato n sos cili.. rasa dia akan masam2 skit.. mskkan tomato, carrot dan celery.. pastu mskkan daun bay, oregano dan black paper yg dah ditumbuk.. mskkan garam.. then mskkan tepung jagung.. masak2.. hehe..








  
selamat mencuba.. 

Nak Tahu Resipi Masker Dari Rumah Kali Ini? Jom Klik Di Sini..

Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Dah minum petang ke? Saya dah minum, minum Revoo ais dengan roti cicah susu cair.. Memang sedap.. hehe.. simple but nice.. Alhamdulillah kenyang.. hehe..

Baiklah, petang ni, saya nak share 1 resipi masker terbaru ye. Selama ni saya suka sangat masker ESP+vita C+vivix.. Hari ini, saya ni saya cuba pula bermasker dengan Vita E.. Bukan ape jeles jgk kawan-kawan shaklee dok share gambar mereka setelah bermasker vita E kan.. So, saya pun nak cuba sendiri.. Nak tahu apa resipi dan caranya?

Lets check it out...

Kita perlukan Vita E dan ESP serta air

ni rupa vita E dan serbuk ESP


Guntingkan tiub Vita E


Minyak vita E dan ESP

Gaulkan ke duanya dengan air

sapukan pada wajah

siap basuh..
Inilah hasilnya setelah di basuh..  Kulit menjadi lebih bersih, dan anjal serta gebu apabila di sentuh.. Cubalah anda pasti sukakannya..

Ingin mencuba tak ada bahan2 tersebut? Saya boleh bantu anda untuk mendapatkannya. Harga boleh di runding..

ps: vitamin E ni kalau di makan lagi best hasilnya.. Ada parut jerawat or streachmark degil? cubalah inshaAllah membantu.. Vitamin E adalah vitamin yang terbaik untuk kulit tau..

Nurhidayah Musa
0123678708
sid:1134982

Promote Isteri Di Depan Anak-Anak. Renungan Bersama..

Assalamualaikum dan Selamat pagi buat semua pembaca dan bloggers.. Hari ini saya ingin kongsikan cebisan Ilmu yang saya dapat daripada seorang Sahabat. Sangat-sangat menarik dan sangat simple tetapi memberi kesan pada sesebuah institusi kekeluargaan. 




 Promote lah Isteri Depan Anak-anak

Puji-pujian bagi Allah.  Satu prinsip penting yang saya baru belajar dari mentor saya iaitu prisip Edification.

Edifikasi sebenarnya ialah promotion (mempromosi) dan empowerment (memberi kuasa).  Prinsip yang mengajar kita supaya sentiasa menceritakan dan mempromosikan kebaikan orang lain yang akhirnya kebaikan itu akan kembali kepada kita sendiri.  Sentiasa cakap perkara yang baik (positif) tentang orang lain dan diamkan diri dari bercakap perkara yang buruk (negatif) tentang orang.  Pesan Nabi S.A.W;

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam (sahaja)”HR Bukhari & Muslim

Berkata Yang Baik, Atau Diam Sahaja
Memang benar kata Nabi S.A.W. Dan Tuhan selalu pesan dalam Quran bahawa setiap kebaikan yang kita buat, kebaikan itu akan kembali balik pada kita.  Bukan sahaja di Akhirat, di dunia pun kita akan dapat manfaat dia.  Cuma kita sahaja yang tak nampak hikmah tersebut.  Ia ibarat membaling bola getah ke dinding.  Kalau kita baling bola hitam (keburukan), maka bola hitam juga akan melantun balik pada kita.  Tapi kalau baling boleh putih (kebaikan), maka bola putih jugalah akan kita dapat.   Prinsip ini sebenarnya sangat penting bila kita kerja dalam sebuah kumpulan/ jemaah supaya kumpulan kita menjadi kumpulan yang kuat.  Kumpulan yang sentiasa saling angkat-mengangkat (uplift each other) antara satu sama lain.

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kenapa kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak.  Ia akan bagi kesan pada anak-anak.  Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ.  Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!  Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya.   Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen.  Bukan dihormati dan disegani.  Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya.  Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.  Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya.  10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga.  Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya.  Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak
Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak.  Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak.  Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya.  Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak.  Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya. Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar.  Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah.  Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita!  Yang akhirnya memudahkan kita!

Menzahirkan Apa Yang Sepatutnya Terzahir
Edifikasi bukan bermaksud kita mencerita apa yang tak ada.  Tapi menzahirkan apa yang ada tapi tak terzahir di depan mata seperti kebaikan dan jasa isteri pada anak-anak.  Isteri kita dah buat banyak kebaikan, tapi ia tak terzahir depan mata anak-anak melainkan kita (suami) sendiri yang zahirkan!  Dan memang benar, isteri kita terlalu banyak berjasa dan berkorban pada anak-anak.  Dia berjasa dan berkorban untuk anak-anak kita sebelum mereka lahir ke dunia lagi.  Dan dia dah bergadai nyawa hanya untuk anak-anak kita menjenguk dunia!

Anak-anak Tak Perasan Ibunya Hebat
Kekadang kita memang sedar isteri kita bagus. Isteri kita seorang ibu yang bagus.  Tapi anak-anak tak perasan yang ibunya sangat bagus, berjasa dan hebat.  Dan mereka beruntung kerana isteri kita adalah ibunya.  Seorang ibu yang penyayang dan bertanggungjawab.  Jadi, siapa yang patut sedarkan anak-anak bahawa ibunya seorang yang bagus!  Tak lain tak bukan, kitalah yang kena berperanan.  Isteri kita kita boleh angkat diri depan anak-anak.  Dan sememangnya kita tak ada apa-apa kekuatan untuk angkat diri sendiri (seperti masuk bakul angkat sendiri) melainkan orang lain yang angkatkan!  Dan begitulah sebaliknya…  Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba cek balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak!   Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT

Sama-sama kita fikirkan…

Sunday, November 09, 2014

Resipi Fluffy Buttermilk Pancake - Memang Sedap..

Assalamualaikum dan selamat petang semua,

Apa kabar semua? sihat? harap semuanya sihat-sihat dan bahagia belaka.. Aamin inshaALLAH..
Terfikir-fikir nak buat apa untuk minum petang? Ha, apa kata anda semua cuba buat pancake yang super duper lembut.. hehe.. Pagi tadi saya buat, memang Adam dan suami suka sangat.. Siap suami cakap boleh jual lagi.. Hehe. Alhamdulillah.. Nak tahu apa resipinya? Jom check it out..



Bahan-bahannya:-

Bahan Buttermilk (saya buat sendiri)
1cawan Susu segar/susu sejat
1sudu besar cuka
campurkan keduanya, dan pukul dgn pemukul  dengan kadar cepat k.. dah pukul, rehatkan dia dalam 10 minit.

Bahan B:
1 Cawan tepung gandum
2sudu besar margerin/mentega - cairkan
2sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh baking powder
1/4sudu teh baking soda
sebiji telur
secubit garam
sedikit asen vanilla.

Masukkan semua bahan-bahan B dalam bekas, dan masukkan sekali buttermilk.. kacau semua bahan menjadi satu.. Rehatkan adunan selama 5 minit. Sementara tu boleh la panaskan kuali or pan anda ek. Tak perlu minyak..

Masukkan 1 senduk kecil adunan pancake kedalam Pan. Biarkan berbuih, kemudia balikkan sebelah satu lagi.. kemudian siap.. Boleh la makan.. Memang sgt2 lembut ok.. Sedap di makan bergitu sahaja atau pun nak cicah ngan madu ke, mentega ke, atau apa-apa lah.. memang terbaik..

Selamat mencuba..

Masak-masak

super duper lembut

Jom makan.


Thursday, November 06, 2014

Manfaat STRESS.. Anda Perlu Baca Ini..

Assalamualaikum dan selamat petang semua pembaca dan blogger2 sekalian..

Semua ni dah makan tengah hari belum? Kalau belum, baik anda semua pergi makan sekarang, nanti tak pasal-pasal orang silap sikit anda melenting.. Tak pasal-pasal jadi stress..

STRESSS???

Sebut je tentang STRESS, kita pun dah jadi STRESS kan.. haha.. Tulah orang cakap, bila banyak cakap benda negative, negatif la jadinya.. So, after this taknak cakap benda negatif ye.. Tapikan, taukah anda bahawasanya yang STRESS ni ada Manfaatnya???

WHAT?? ARE YOU CRAZY?? STRESS ADA MANFAAT??

Hahahaha, chill sayang-sayang sekalian, betul, stress ni dalam keburukan ada juga manfaatnya. Ia di panggil EUSTRES iaitu STRESS yang membawa manfaat yang baik kepada penghidapnya..hehe..

Nak tahu apa dia so call 7 MANFAAT STRESS itu? Lets check it out:-

  • STRESS akibat takut gagal, ia boleh menyebabkan kita bangun dan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan.
  • STRESS akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi memperbetulkannya.
  • STRESS kerana jahil, akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  • STRESS kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristigfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
  • STRESS kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  • STRESS kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar
  • STRESS kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkannya.
Haha.. dapat semua? STRESS lagi? ini bahaya.. Jom tengok video ni..


So after this CHILL ok.. hehe..

Assalamualaikum.. Hidup sihat tanpa negatif STRESS.. hehe..

Saya sukakan kesihatan, dan saya suka kita semua sihat.

Hidayah

Sudahkah Anda Mengambil Omega Hari Ini? Nak Tahu Fungsinya? Lihat di Sini...

Assalamualaikum dan Selamat pagi buat semua pembaca dan blogger-blogger sekalian. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Baiklah, semperna promosi bulan ini Omega Guard, saya nak terangkan serba sedikit mengenai Omega Guard ini. Jom check it out:-





'Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.                                                        

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

7 KRITERIA OMEGA

1- FUNGSI @ MANFAAT

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

2- SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA?


1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

3- PERBEZAAN SHAKLEE


Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan oemga guard.

Kebanyakan pengusaha2 kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Ini akan memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Sebab itu penting dapatkan gred farmaseutikal.

PROSES PENYULINGAN 3 MOLEKUL untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkir bahan berbahaya seperti:
~ Plumbum
~ Merkuri
~ Arsenik
~ Kadmium
~ Dioksin
~ PCB

Kebanyakan omega di pasaran melalui proses penyulingan sekali atau dua kali molekul sahaja berbanding shaklee 3 kali tu.

4- SIMPTOM KEKURANGAN

ANTARANYA:-

- kelesuan
- lemah ingatan
- kulit kering
- tekanan dan perubahan mood (mood swing)
- peredaran darah perlahan
- masalah jantung
- diabetes

5- SUMBER MAKANAN

Sumber utama omega-3 ialah ikan seperti salmon, mackerel, halibut, anchovies, sardin, tuna dan hering. Dalam tumbuhan, Omega-3 terdapat pada flaxseed oil, minyak canola, soya, biji labu, walnut dan beberapa jenis kekacang.

6- DOS PENGAMBILAN

Untuk kanak-kanak memadai 1 biji sehari manakala dewasa 3 biji 2 @ 3 kali sehari WITH meals

7- PANDUAN PILIH

Omega Guard dihasilkan daripada minyak ikan tulen bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard di ekstrak dari ikan laut air sejuk

Berikut ialah 3 KRITERIA PENTING untuk membuat pilihan

• Menyiasat proses pembuatan --- Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan? Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Shaklee menggunakan teknologi terkini "ultrapure pharmaceutical grade" iaitu proses penyulingan 3 molekul dan tekanan rendah proses penyulingan bagi mengekstrak minyak ikan Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Semasa proses ini semua bahan-bahan tercemar termasuk plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCDs dikeluarkan.

Berminat mahu mendapatkan Omega Guard Shaklee? Anda boleh tahu harga Omega Guard Shaklee dan harga produk-produk yang lain di sini . Jangan bimbang harga masih boleh di runding.

Saya sukakan kesihatan dan saya mahu kita semua sihat..

Nurhidayah Musa
Shaklee Independent Distributor
1134982
0123678708

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...