Saturday, May 17, 2014

Preview 5 Years

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualikum..
Terlalu lama sy membiarkan blog ini bersawang dan tidak di update. Hampir 5 tahun rasanya. Semuanya gara-gara kesibukan sy dengan kehidupan. Daripada bekerja, kerja sambil belajar, kini berkahwin dan memiliki seorang anak dan telahpun menjadi suri rumah sepenuh masa. Segala yang terjadi terlalu cepat. Owh kehidupan ini terlalu singkat. Banyak suka duka yang di lalui.

Bekerja dan menjadi suri rumah adalah dua pengalaman berbeza namun menyeronokkan. Terlalu banyak yg di pelajari. Kini sy mengorak langka, sy kini menjadi suri rumah yg menjadikan business online sebagai part time. Alhamdulillah, walaupun baru sahaja lagi, tp business online ini sangat menyeronokkan, namun mencabar. Sememangnya bukan mudah untuk menarik orang untuk membeli barang yang kita jual. Mungkin persuasive skill sy sgt2 kurang lagi. Kene gilap balik. Even dulu masa kerja kawan2 selalu minta tolong pada sy untuk menjual barang dagangan mereka, sy boleh dpt ramai pelanggan, namun online business ini jauh lebih mencabar. Meyakinkan orang hanya dgn tulisan lebih sukar berbanding meyakinkan org dengan lisan. Dua-dua ada cabarannya tersendiri namun sy akui, berniaga secara direct lebih mudah.

Namun, ini semua tidak mematahkan semangat sy. Sy harus lebih kuat, walaupun sy kerap merungut kepada suami terchinta, namun itu hanyalah sekadar rungutan. Di dalam hati ada tekad utk berjaya.. Amin. Semoga ALLAH meminjamkan Kudrat dan Iradatnya kepada sy untuk terus kuat menghadapi hari mendatang. Kerana sy percaya bahawa kejayaan yang di raih itu kulitnya terlalui pahit dan keras utk dimakan namun isinya sangat manis.

Ok, melalut sudah.. hehe, tp itu adalah tekad sy. Menjadi lebih yakin dan kuat menghadapi ujian dlm perniagaan ini.

ok kepada Nurhidayah Musa, kau kene KUAT! YAKIN! SEMANGAT! KENTAL! SABAR! MENJADI PEKAK UNTUK PERKARA2 YANG BISA MENJATUHKAN! INGATLAH ALLAH BERSAMAMU..

2 comments:

  1. Inshaa Allah. Amin. Semoga berjaya dayah. MASTER COORDINATOR NURHIDAYAH MUSA

    ReplyDelete

Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...