Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog sy..
Entry sy kali ini, adalah berkaitan dengan kemaafan. Maaf dlm bhs arab ialah magfirah.. Dlm lagu2 nasyid selalu kita dgr, 'ku mengharapkan magfirahmu ya tuhan'. Samalah maknanya dgn keampuanan dan kemaafan..
Kemaafan dipinta apabila kita secara sedar ataupun tidak telah melakukan kesilapan tidak kira pd sesiapapun.. Kesilapan pd ALLAH dan Rasulnya, kesilapan pd ibu bapa dan keluarga baik kesilapan sesama insan..
Kita sering melakukan kesilapan, namun utk menyatakan maaf, adalah sesuatu yg amat payah utk kita buat.. Begitu juga apabila org berbuat salah pd kita, utk memaafkannya amatlah payah bg kita.. Namun, sebagai hamba ALLAH, kita hendaklah saling maaf memaafi antara satu sama lain, kerana, kita, tidak akan tahu, bila pengakhiran hayat kita di muka bumi ini.. Andai kita tidak bisa memohon maaf dan memberi kemaafan, adalah amat rugi bg diri kita ini..
Sebagai seorg islam yg percaya dan yakin kepada Rasul, kita hendaklah mencontohi, sifat pemaaf nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Sifat pemaafnya amatlah tinggi.. Walau di caci dan dihina Baginda tetap tersenyum dan mendoakan kebaikan utk org yg menghina dirinya.. Manusia zaman kini, lebih banyak benci dan dendam dlm dirinya, hanya kerana rendahnya sifat pemaaf dlm diri mereka.. Itulah anak kunci terjadinya bunuh membunuh, peperangan, perebutan harta, terputusnya tali silaturahim dan sebagainya, semuanya kerana tiada sifat memaafkan dlm diri mereka..
Oleh itu, kita sbg umat Islam, hendaklah, selalu mencontohi sifat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, yg pemaaf itu, kerana, sifat maaf memaafi, akan menjadikan hidup manusia di muka bumi ini, menjd lebih aman dan tenteram...
0 comments:
Post a Comment
Jom Follow Blog saya Ramai2. Saya akan follow anda kembali.