Monday, August 24, 2009

Doa Seorang Kekasih...

Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Ramadhan Ya Ramadhan

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum w.b.t..
sudah lama rasanye, sy tidak menulis di dalam blog ini.. ini semua kerana kesibukan saya dgn, kerja.. Sekarang saya sudah tamat belajar dan Alhamdulillah, rezeki ALLAH, sy telah pun bekerja di sebuah syarikat swasta..
Entry sy kali ini, bkn mahu membicarakan ttg kerja sy.. Tetapi, mungkin sedikit perkongsian ilmu yg sy ada.. Sy rasa blm terlewat utk sy, mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam.. Sy harap, Ramadhan kali ini mendtgkan seribu keberkatan kepada kalian semua..
Bulan Ramadhan, adalah satu bulan yg terdapat dlm kalendar islam.. bulan yg penuh dgn keberkatan, yg penuh dgn keampunan dan ketenangan.. Pelbagai dugaan yg akan manusia tempuhi dlm bulan ini.. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja, bahkan, kt juga hendaklah, menahan diri drpd melakukan perkara2 yg blh membatalkannya dan juga yg blh mengurangkan pahalanya..
Bulan Ramadhan terdiri kpd 3 bahagian..
  1. Rahmah
  2. Magfirah
  3. Di jauhkan drpd api neraka..
Maka beruntunglah bg sesiapa yg dpt ketiga2 bahagian dlm bulan Ramadhan ini.. Rahmat ALLAH begitu luas untuk org yg berpuasa.. Antaranya, ALLAH melipat gandakan pahala pd bulan ini.. sbg contoh, bg yg bertadarus Al-quran, setiap satu huruf, ALLAH kurniakan 10 pahala, berbanding bulan2 yg lain, hanya 1 pahala.. ALLAH juga mengurniakan dua kegembiraan kepada org yg berpuasa. Pertama kegembiraan ketika berbuka dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dgn ALLAH pd hari akhirat kelak..
Magfirah yakni, keampunan.. Dalam bulan ini, ALLAH telah membuka seluas2nya pintu langit, dan memberi keampunan kpd setiap hambanya yg soleh.
Barangsiapa yg mengerjakan ibadah dgn penuh kusyuk dan tawaduk pd bulan ini, ALLAH akan menjauhkan diri mereka dr api neraka.. Pada bulan ini, ada satu malam yg di panggil Lailatulqadar.. Malam yg lebih baik drpd seribu malam.. Barangsiapa yg mengerjakan amal ibadah di malam ini, seumpama mereka mengerjakan amal ibadah untuk seribu bulan.. Betapa beruntungnya mereka2 yg menjumpai malam ini..
Selain itu, juga, bau mulut org yg berpuasa, amat disukai oleh ALLAH Taala.. Bau mulut org yg berpuasa berbau kasturi.. Betapa besarnya kelebihan yg ALLAH berikan pd mereka yg berpuasa.. Namun, masih ada lg, yg mensia2kan bulan ini.. dan membiarkan bulan ini berlalu begitu sahaja.. Betapa rugilah pd mereka yg tidak merebut peluang yg dtg sekali dlm setahun ini..
Nasihat sy kepada semua umat islam, dan diri sy sendiri, marilah kt bersama2 berusaha untuk mendptkan kesemua kelebihan dlm bulan ini, agar kt menjd insan yg lebih baik selepas bulan mulia ini berlalu.. Amin insyaALLAH.. Akhir kata, maaf, andainya, entry kali ini, byk kekurangan.. Sekian lama tidak menulis, membuatkan sy kekeringan idea.. Doakan, semoga ALLAH mengurniakan byk lg idea2 br untuk sy menulis di blog ini kelak.. Selamat berpuasa sy ucapkan pd semua, dan selamat menjalani ibadah2 sunat yg lain dlm bulan ini... Assalamualaikum..

Recent Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...